Manchester United menang bergaya dalam aksi Rose Derby pertama musim ini.
he Red Devils menjaringkan 2 gol dalam masa 5 minit pertama perlawanan.
Dua gol awal itu adalah daripada Scott McTominay hasil bantuan gol oleh Bruno Fernandes dan Anthony Martial.
Pada minit ke-20, giliran Fernandes pula meletakkan dirinya dalam senarai penjaring untuk menjadikan kedudukan 3-0. Marcelo Bielsa terkedu melihat prestasi luar biasa Syaitan Merah di atas padang.
Keadaan menjadi lebih parah buat Leeds apabila bolos buat kali keempat menerusi gol mudah oleh Victor Lindelof pada minit ke-37 hasil umpanan Anthony Martial.
De Gea akhirnya tewas menerusi percubaan oleh Liam Cooper, 4 minit sebelum rehat.
HALF TIME
Man United 4-1 Leedshttps://t.co/re111Fwg1r #MUNLEE pic.twitter.com/00WFMQCpRU
— Mail Sport (@MailSport) December 20, 2020
Bersambung babak kedua, Manchester United sekali lagi hampir menjaringkang gol seawal dua minit perlawanan baru disambung.
Namun malang sekali Martial gagal menyempurnakan peluang keemasan pasukannya.
Pada minit ke-66, giliran Daniel James pula menewaskan Illian Meslier. James merupakan pemain yang pernah dikaitkan dengan Leeds sebelum ini.
Buzzing for you, @Daniel_James_97 🙌
🔴 #MUFC
#️⃣ #MUNLEE
🏆 #PL pic.twitter.com/uMcxwdMSWU— Manchester United (@ManUtd) December 20, 2020
4 minit kemudian Man United menjadikan papan skor 6-1 menerusi penalti Bruno Fernandes. Selepas Martial dijatuhkan di dalam kotak penalti.
Pemain bintang dari Portugal itu tidak ada sebarang masalah untuk menyumbat penalti tersebut.
Bruno Fernandes in the Premier League:
👕 27 appearances
⚽️ 16 goals
🅰️ 12 assists1 goal per game; 0.78 excluding penalties. 🔥 pic.twitter.com/SzXejavrsF
— Statman Dave (@StatmanDave) December 20, 2020
Liam Cooper menjaringkan satu lagi gol saguhati untuk menjadikan kedudukan masa penuh 6-2.
Larian
Berhadapan dengan Leeds, pasukan itu perlu bertenaga dalam aspek larian.
Man United menggunakan Daniel James dan Martial, ada sebabnya. Kerana kedua dua pemain itu memiliki kualiti pecutan yang bagus.
Good day at the office😁❤️ pic.twitter.com/GNVHKxfPkl
— Daniel James (@Daniel_James_97) December 20, 2020
Namun agak sayang Martial tumpul dalam perlawanan ini. Tetapi tetap juga Martial menyumbang Assist dalam perlawanan ini.
Opta melaporkan dalam 6 perlawanan terakhir, United melakukan 130 pecutan dalam 90 minit.
Dan dalam tempoh yang sama purata jarak jelajahan mereka adalah 107.15km setiap 90 minit.
Namun dalam aksi berdepan dengan Leeds, United dengan gilanya melakukan 205 pecutan dalam 90 minit.
Dan jelajahan mereka adalah 110.20km dalam 90 minit.
Kunci utamanya adalah sedia untuk berlari sepanjang perlawanan. Dan itu yang dilakukan United semalam. Mereka intensif dan sentiasa mengejar bola.
Penetratif
Masalah utama Man United dalam beberapa perlawanan sebelum ini adalah tidak penetratif ataupun lambat masuk ke dalam kawasan kotak penalti.
Bezanya semalam, United memiliki purata memasukan kawasan Leeds dalam setiap 57 saat. Mereka tidak membenarkan pasukan lawan bermain di kawasan mereka.
United memasuki kawasan lawan 66 kali dan 47 daripadanya berjaya masuk sehingga ke final third. 23 daripada 47 itu pula berjaya lolos ke dalam kotak penalti.
Ini adalah ratio terbaik yang pernah dilakukan oleh pasukan di bawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer.
Kesannya mereka banyak mencipta peluang gol dan mengurangkan impak pasukan lawan bermain kombinasi di kawasan mereka.
Persiapan sebelum perlawanan
Manchester United mempersiapkan diri mereka sebaik mungkin untuk perlawanan ini.
Scott McTominay menyatakan bahawa pasukan mereka bang
🗣 "We've done a lot of video analysis on them"
Scott McTominay's reaction to beating Leeds United 6-2 pic.twitter.com/bHMS0IZQzG
— Football Daily (@footballdaily) December 20, 2020
Tominay berkata: “Setiap perlawanan adalah final piala bagi kami kerana kelab bola sepak ini, tahun lalu kami terlalu tidak konsisten, kami mendekati permainan yang tidak dalam fokus pemikiran yang tepat,” katanya kepada Sky Sports.
“Tetapi tahun ini kita harus bangkit semula dan fokus dalam segala hal ketika kita mendekati permainan dan hari ini ia menunjukkan itu.”
“Ini aksi yang baik — kami menjaringkan enam di tempat sendiri hari ini, kami mengatakan bahawa di bilik persalinan kami perlu membiasakan diri menjaringkan gol di halaman sendiri,” katanya.
“Sangat penting untuk memiliki kubu kebal di tempat sendiri, kerana, ketika pasukan lain datang ke sini, untuk merasa bimbang dan takut menghadapi kita.
“Keyakinan bertambah, anda mendapat peningkatan tenaga, atletisme yang kami tunjukkan hari ini tiada duanya, pertama sekali anda memenangi pertempuran dan perkara asas, kemudiannya kualiti muncul pada akhirnya.”
“Saya rasa itu adalah permainan yang baik untuk saya, saya biasa bermain perlawanan bola sepak berintensiti tinggi dan tempo tinggi. Bagi kami sebagai pasukan kami bermain dengan sangat baik dan enam gol layak,” katanya.
“Semua orang tahu bahawa Leeds adalah pasukan yang luar biasa dengan jurulatih yang luar biasa. Perincian mereka ketika dengan atau tanpa dari bola adalah tinggi.”
“Kami telah melakukan banyak analisis dan analisis video tentang mereka. Pengurus mempercayai kami untuk melakukan tugas hari ini dan ia akan membuahkan hasil apabila anda memperoleh enam gol. “