Chelsea berjaya memastikan 3 mata milik mereka dalam aksi Liga Perdana Inggeris berhadapan dengan musuh sebandar, West Ham United.

Chelsea memerlukan kemenangan untuk memastikan mereka berada di landasan pencabar kejuaraan dan juga dalam usaha mereka untuk berada di empat teratas.

Perrlawanan dimulakan dengan perlahan. West Ham menjaringkan gol menerusi Declan Rice. Tetapi gol itu dibatalkan kerana ofsaid.

Tiga minit selepas pembatalan gol itu, Chelsea di hadapan menerusi tandukan kemas oleh Thiago Silva yanga menyambar sepakan sudut Mason Mount.

Epy0dNkW4AETCee

Namun selepas itu, kedua dua pasukan dilihat bermain dengan tempo sederhana sepanjang baki separuh masa pertama dengan kedua dua pasukan tidak dapat mencipta lebih banyak peluang gol.

Bersambung babak kedua, perlawanan terus berada dalam tempo sederhana. Peluang terbaik West Ham hadir pada minit ke-63, namun voli oleh Pablo Fornals dihadang oleh Kurt Zouma.

Ketika West Ham cuba untuk mendapatkan sesuatu dalam 15 minit terakhir, Chelsea akhirnya menggandakan pendahuluan gol mereka.

Bukan satu, tetapi 2 gol dalam jarak 2 minit oleh Tammy Abraham.

Abraham diberikan ruang oleh pertahanan West Ham yang hilang disiplin. Dan kedua dua gol tersebut adalah hasil daripada ketajaman Abraham menghidu peluang.

Epy0d8qXcAIKxSS

Chelsea menang 3-0 dalam perlawanan ini. Kemenangan yang membantu Chelsea naik ke tangga kelima, dan menolak Spurs ke tangga keenam dengan perbezaan jaringan.

Baca juga perkembangan lain

Analisis: Bagaimana Persiapan Dan Perlaksanaan Man United Memusnahkan Leeds United 6-2

‘Kami Bukan Liverpool’ – Lampard

Mourinho Kecam Sikap Beberapa Pemainnya