Pengurus Tottenham Hotspur, Jose Mourinho secara terbuka mengecam sikap segelintir pemainnya sendiri selepas kekalahan di tangan Leicester.
Mourinho menyatakan beliau tak suka dengan kelakuan beberapa orang pemainnya dalam perlawanan ini.
Mourinho merasakan pasukan lawan bukannya lebih bagus, namun kesilapan Serge Aurier menurut Mourinho sebagai detik yang memberikan mereka kesukaran.
Aurir memberikan penalti kepada lawan pada masa kecederaan separuh masa pertama dengan tindakan beliau mengasari Fofana.
Here's the Aurier challenge which resulted to a penalty. A shame because this season he's been great. Second half we need to improve drastically. #THFC pic.twitter.com/AqoR7fUTZm
— The Spurs Web (@thespursweb) December 20, 2020
Jamie Vardy tiada masalah untuk menyempurnakan penalti tersebut.
Pada separuh masa kedua, Spurs terus dirundung malang apabila Toby Alderweireld tertampa bola ke gelanggang sendiri.
Mourinho berkata: “Kami tidak bermula baik. Namun pada fasa terbaik kami di separuh masa pertama, kami mencipta beberapa peluang terbaik.”
“Ketika kamu sangka kedudukan [separuh masa pertama] 0-0, tetapi menjadi 1-0 di belakang lawan.”
“Dan kemudian pada separuh masa kedua kita menjaringkan gol sendiri, ketika kita menguasai perlawanan dan mencipta lebih banyak peluang. Ianya sukar, namun reaksi kami positif.
“Penalti itu bukan penalti yang terjadi, tetapi penalti yang kami berikan. Ianya bukan berlaku daripad situasi yang menjurus kepada perkara yang hebat.:
“Dan bbagi saya, ianya langsung tidak ada konteks langsung pada masa itu. Pada ketika kita berada dalam fasa terbaik separuh masa pertama.”
“Kita bermula teruk, secara kasarnya 20 minit pertama sangat teruk. Banyak perkara yang kurang ketika menekan lawan, sikap pemain kami, ketika cuba merampas bola, saya tak sukakannya.”
“Namun pada pertengahan separuh masa, kami berubah dan kita beradaptasi dengan baik terutama sekali di tengah. Oleh itu, kita menikmati penguasaan dan mencipta beberapa peluang – dan kemudian tiba tiba penalti, yang bagi saya di luar konteks perlawanan pada masa itu.”
“Saya setuju, kami tidak mencipta 15 peluang pada separuh masa kedua. Mereka [Leicester] pasukan yang bagus, tahu cara bertahan, mereka tahu bagaimana cara turun ke bawah dan memberikan kami kesukaran dengan organisasi pertahanan mereka.”
Berkenaan dengan penalti yang diberikan Aurier, Mourinho enggan mengkritik pemain itu secara individu. Dan lebih melihat ia sebagai masalah satu organisasi ketika bertahan.
“Saya anggap ia satu kesilapan dan bukannya momen gila,” kata Mourinho.
Brendan Rogers' Leicester City have clinched a 0-2 away victory against Jose Mourinho's Tottenham Hotspur.#TOTLEI #PL pic.twitter.com/LUCKA7glzb
— SBOTOP (@sbotopofcl) December 20, 2020
“Saya kenal pemain saya, saya tahu kualiti pemain saya, saya tahu masalah masalah kecil pemain saya. Serge pemain yang luar biasa ketika menentang Liverpool, dan mungkin pemain terbaik kami, namun hari ini dia melakukan kesilapan.”
“Adakah kesilapan ini membuatkan kita kerugian 3 mata? Rasanya tidak adil berkata begitu. Kalau saya nak memilih untuk mengkritik secara individu, saya akan pergi kritik pemain lain selain Aurier. Kerana saya tak suka sikap mereka.”
Jose Mourinho does not believe Leicester were superior to his side and calls Serge Aurier’s challenge that resulted in a penalty, a 'mistake' rather than a 'moment of madness.'pic.twitter.com/beeg3mZT6X
— Sky Sports (@SkySports) December 20, 2020
“Saya harus jujur dalam analisis saya tentang Serge, itu satu kesilapan. Itu sahaja.”
Dalam masa lima hari, Spurs berubah daripada kedudukan teratas dan kini di tangga kelima dalam carta Liga Perdana Inggeris.
Baca juga perkembangan lain
EPL: Liverpool ‘Juara’ Natal Sekali Lagi Selepas Belasah Palace 7-0
EPL: Manchester United Bantai Leeds 6-2 Dan Berada Dalam Landasan Persaingan Kejuaraan
La Liga: Barcelona Keciciran Mata Lagi, Koeman Pertahan Taktikalnya & Salahkan Tumpuan Pemainnya