Hubungan Iker Casillas dengan Jose Mourinho di Real Madrid tidaklah begitu bagus di lapangan bola sepak.

Mourinho telah membekukan Casillas dariapda pasukan utama dan menyingkirkan penjaga gol legenda itu dengan Diego Lopez.

Iker Casillas dikatakan antara sebab beberapa pemain menentang Mourinho satu ketika dahulu.

Ej9FkAaXYAABYnO

Mourinho dipecat Real Madrid selepas dia hilang kawalan di bilik persalinan kerana penentangan beberapa pemain senior dalam pasukan.

Ini bukan pertama kali dan yang yang terakhir untuk Mourinho. Beliau ditentang pemain ketika di Chelsea dan Man United. Yang akhirnya menyebabkan dia hilang jawatannya.

Walaupun mereka berdua pernah tidak sehaluan dan bertengkar, Mourinho tidak pernah menyimpan dendam terhadap Casillas.

Mourinho yang kini menjadi pengurus Tottenham Hotspur adalah orang pertama yang bertanya mengenai berita Casillas setelah menjalani rawatan untuk serangan jantung.

Casillas mengalami serangan jantung ketika berlatih bersama FC Porto. Akibatnya, penjaga gawang Sepanyol terpaksa bersara selepas itu kerana tidak mampu untuk beraksi pada aksi kompetitif lagi.

“Kamu boleh menjadi lebih rapat dengan orang yang sebelum ini kurang rapat dengan kamu. Ramai orang tidak tahu, misalnya, bekas pengurus saya, Mourinho.”

“Jose Mourinho adalah orang pertama yang menelefon saya [selepas saya sedar] untuk mengetahui bagaimana keadaan saya.”

“Dan dia juga orang pertama yang mahu tahu keadaan isteri saya [ketika disahkan mengidap kanser ovari],” kata Casillas kepada ESPN.

Beberapa bulan kemudian, Casillas berkesempatan bertemu Mourinho secara langsung dalam majlis FIFA. Pemain berusia 39 tahun itu kemudian dilihat memeluk Mourinho yang dianggap salah satu detik yang indah dan emosi.

“Saya melihat orang yang sudah lama saya tidak jumpa, ini membuat anda menghargai perkara-perkara kecil dalam hidup.”

“Saya sangat bertuah, orang lain tidak memilikinya. Saya merasakan bahawa saya pasti akan mati pada masa itu,” Casillas.

Baca juga perkembangan lain

Romero Disisih Dari Skuad UCL, Isterinya Megamuk Minta Kelab Hormati Suaminya Untuk Kali Ini

Rashford Dikurniakan Darjah Kebesaran MBE Kerana Perjuangan Membantu Kanak Kanak Memerlukan

Lampard Tak Puas Hati Dan Masih Mahukan Pemain Selepas Berbelanja Lebih £200 Juta