Frank Lampard masih tidak berpuas hati dengan jendela perpindahan di Chelsea. Ini kerana beliau masih mahukan seorang lagi pemain untuk dibeli.

Lampard dilaporkan mahu membeli Declan Rice. Lampard sudah lama berkenan dengan pemain tersebut yang merupakan bekas pemain akademi Chelsea.

Walaupun sudah menikmati jendela perpindahan yang lebih £200 juta, Lampard mendesak pengurusan tertinggi untuk mendapatkan Declan Rice.

Kai Havertz menjadi rekod pembelian kelab dengan nilai £72 juta.

Selain itu, Lampard sudah membawa masuk Timo Werner dan Hakim Ziyech pada pra kontrak musim lalu.

front-3-of-ziyech-werner-and-pulisic

Lampard kemudian mendapatkan Ben Chilwell dengan nilai £50 juta dari Leicester dan  Thiago Silva secara percuma dari PSG.

Tidak terhenti di situ, Lampard memuktamadkan pembelian Edouard Mendy selepas Kepa Arriziabalaga bergelut dengan prestasinya.

Chelsea sudah berusaha membawa Declan Rice. Namun tiada kesepakatan dicapai. Dengan jendela perpindahan yang sudah ditutup, Chelsea akan berusaha memberikan Lampard Declan Rice pada Januari.

West Ham sedar, agak sukar untuk mereka mempertahankan pemain itu. Chelsea mahukan Rice untuk mengisi posisi di tengah. Sekaligus membuatkan ramai mempersoalkan masa depan Jorginho selepas ini.

Baca juga perkembangan lain

Pogba Dengan Terbuka Akui Mahu Bermain Untuk Real Madrid

Cavani Akhirnya Buka Mulut Insiden Berebut Penalti Dengan Neymar

Turki Ikat Jerman 3 Kali Buatkan Joachim Low Bengang