Jerman gagal untuk menewaskan Turki dalam aksi yang menyaksikan kedua dua pasukan seri dengan kedudukan 3-3 – dalam aksi persahabatan antarabangsan berlangsung di RheinEnergieSTADION.
Tiga kali Jerman mendahului dalam perlawanan ini. 3 kali juga Turki mengikat mereka.
Jerman hampir di hadapan seawal minit ke-5, namun gol dibatalkan kerana ofsaid. Jerma seperti dijangka, menguasai perlawanan dan bermain dengan sangat ofensif.
Namun Turki ternyata menunjukkan peningkatan yang jelas dalam perlawanan ini. Mereka menyukarkan binaan serangan oleh Jerman dengan tekanan yang berkesan.
Walaupun Jerman memiliki hampir 70% penguasaan bola pada pertengahan separuh masa pertama, Turki tetap berjaya menghadirkan ancaman dengan serangan balas.
Disiplin Turki ketika bertahan membuatkan Jerman agak buntu. Namun Jerman akhirnya menjaringkan gol pertama menerusi Julian Draxler pada minit ke-45, Draxler selepas menerima hantaran Kai Havertz.
Jerman lega dengan kejayaan mendapat 1 gol daripada perlawanan yang menyaksikan lawan sangat kompak dan berdisiplin.
Bersambung separuh masa kedua. Jerman menaikkan tempo permainan mereka. Turki mulai bermain lebih terbuka. Dan hasilnya, hanya 4 minit separuh masa kedua bersambung, Turki menyamakan kedudukan.
Ozan Tufan menyempurnakan peluang gol selepas menerima hantaran daripada Ayhan.
Gol itu sangat cantik, di mana Ozan Tufan melakukan spin yang kemas selepas melakukan trap control yang cantik. Beliau kemudian melencongkan bola menewaskan Leno.
WHAT A GOAL BY OZAN TUFAN!!!! pic.twitter.com/CqTbdhaU2n
— Aaron (@AaronEArmstrong) October 7, 2020
Gol ini menjadikan Turki lebih yakin dan hampir menjaringkan gol pendahuluan ke atas Juara Dunia 2014 itu.
Tersentak dengan perubahan taktikal Turki, Joachim Low mulai mengarahkan anak anak buahnya lebih waspada dan bermain lebih kemas.
Kai Havertz sekali lagi mencipta peluang gol untuk rakannya. Di mana pemain serangan Chelsea itu menghantar kepada Florian Neuhaus yang menyempurnakan hantaran itu pada minit ke-58.
Florian Neuhaus marks his Germany debut with a goal! 🇩🇪#GERTUR pic.twitter.com/X1KeSRr05q
— GOAL (@goal) October 7, 2020
Namun Turki kembali membalas gol itu 11 minit kemudian. Kali ini giliran Efecan Karaca menewaskan Bernd Leno pada minit ke-67 selepas beliau menewaskan Robin Koch.
Pemain Jerman itu memprotes gol ini kerana Karaca dianggap mengasari Koch sebelum gol itu terhasil. Namun pengadil tetap dengan pendirian untuk memberikan gol itu.
Ketika baki 9 minit perlawanan, Jerman mendahului lagi. Kali ini menerusi Luca Waldschmidt menerusi voli yang cantik.
Sekali lagi pemain debut Jerman menjaringkan gol.
Luca Waldschmidt scores his first senior goal for Germany. #GERTUR pic.twitter.com/Z14mVIWwVq
— Bayern & Germany (@iMiaSanMia) October 7, 2020
Ketika Jerman mahu menjaringkan kemenangan mereka malam itu, Turki menjaringkan gol pada masa kecederaan. Ianya benar benar mengejutkan pasukan tuan rumah.
Kenan Karaman menerima hantaran daripada Abdulkadir Omur dan mengikat Jerman pada minik ke 90+4′ – masa kecederaan. Kali ini Turki membuat team goal yang menarik.
https://twitter.com/i/status/1313942571115216897
Gol itu terlalu lewat untuk Jerman atasi sekali lagi. Dan kedua dua pasukan terikat seri 3-3.
Joachim Low menyatakan beliau bengang dengan keputusan tersebut. Namun beliau tidak mahu menyalahkan para pemainnya yang rata rata baru bermain bersama.
Joachim Low was p*ssed off after Germany conceded in stoppage time to draw with Turkey 🤬 pic.twitter.com/g61U5JWw6z
— GOAL (@goal) October 7, 2020
Baca juga perkembangan lain
Luis Enrique Minta Penyokong Dan Media Sepanyol Bertenang Tentang Ansu Fati
Deschamps: “Griezmann Tak Gembira Jadi Penyerang Sokongan Kepada Messi”
Parti Harijadi Langgar Peraturan Covid-19, Sancho, Abraham & Chilwell Terlepas Aksi Menentang Wales