Seorang pemain remaja berusia 15 tahun yang beraksi untuk skuad B-17 Ekisehirspor iaitu Egehan telah ditamatkan kontraknya oleh kelab tersebut.

Ini selepas pemain muda kelab divisyen 2 itu memuat naik gambar belua memakai jersi Galatasaray ketika di gym.

Egehan yang bermain di posisi penjaga gol hanya mahu berkongsi rutin latihannya. Namun tidak menyangka bahawa dia telah mengundang kemarahan pengurusan kelab.

Sebaik sahaja perkara tersebut dilaporkan ke pihak atasan kelab, Eskişehirspor kemudian menyiasat perkara tersebut. Tidak lama kemudian, kelab terus mengumumkan bahawa pemain itu ditamatkan kontrak berkuat kuasa serta merta.

https://twitter.com/Kocayildiz_1905/status/1489027964318662664

Kelab dalam kenyataan rasminya berkata: “Egehan merupakan salah seorang pemain skuad pembangunan Eskişehirspor, telah ditamatkan kontrak serta merta daripada kelab kami kerana berkongsi gambar di media sosial menggunakan baju t pasukan lain ketika berada di gym persendirian.”

Tindakan itu dianggap agak melampau oleh ramai peminat, dengan mengambil kira pemain itu baru berusia 15 tahun dan perseteruan di antara Ekisehirspor dan Galatasaray bukanlah seperti perseteruan antara Galatasaray dengan Fenerbahce.

Ramai yang menganggap kelab tersebut terlalub berlebihan dalam tindakan mereka seolah olah mereka adalah kelab seperti Real Madrid ataupun Manchester United yang memiliki nilai komersial luar biasa.

Galatasaray memberikan sokongan kepada pemain muda tersebut dengan menyatakan kata kata semangat kepada Egehan. Penyokong Ekisehirspor sendiri ramai yang menghantar mesej dan komen di media sosial kelab agar menarik semula penamatan kontrak itu.

Lagipun ini baru kesalahan pertama pemain yang masih belajar, dan masih bukan pemain profesional.

https://twitter.com/tffworldagency/status/1489373087300825088