Christian Atsu telah ditemui hidup berikutan laporan bahawa dia terperangkap di bawah timbunan bangunan selepas gempa bumi di Turki.

Baca Juga:

Pemain berusia 31 tahun itu, yang pernah bermain untuk Chelsea dan Newcastle semasa berada di Liga Perdana Inggeris, antara mereka yang terperangkap dalam gempa bumi berukuran 7.7 pada skala Richter pada hari Isnin.

Atsu kini telah diselamatkan dari runtuhan dan telah dibawa ke hospital selepas mengalami kecederaan pada kaki kanan dan kesukaran bernafas.

Hatayspor, kelab Atsu sekarang, terletak di bandar Hatay di Turki, yang dipercayai antara kawasan paling teruk terjejas akibat kejadian itu.

Selain Atsu, telah dilaporkan bahawa pengarah sukan kelab itu Taner Savut dan seorang jurubahasa turut terperangkap berikutan gempa bumi itu.

Satu catatan di akaun Twitter Newcastle berkata: “Berdoa untuk berita positif, @ChristianAtsu20.”

Atsu bermain pada hari Ahad, menjaringkan gol kemenangan dalam perlawanan di tempat sendiri menentang Kasimpasa.

Siapa sangka pada hari berikutnya dia berdepan dengan detik genting dalam hidupnya.

Turki bukan satu satunya negara yang terjejas kerana gempa bumi yang buruk itu. Syria turut terjejas.

Gempa bumi tersebut dilaporkan telah meragut ribuan nyawa.

Masyarakat dunia mengirimkan doa dan kata kata semangat kepada rakyat dan berdoa agar mereka bangkit lebih kuat selepas tragedi ini.

Beberapa tokoh dan pemain bola sepak turut bersimpati dengan apa yang berlaku di Turki dan Syria.