Belanda memulakan kempen kelayakan Piala Dunia 2022 mereka dengan kekalahan mengejutkan oleh Turki.

Belanda melakukan 20 percubaan ke arah gol dengan 9 percubaan tepat. Sementara Turki melakukan hanya 8 percubaan dengan hanya 5 tepat. Bukti bahawa Belanda gagal memanfaatkan peluang dan juga penguasaan bola yang sangat tinggi.

Belanda, naib juara Piala Dunia pada tahun 2010, ketinggalan seawal minit ke-15, setelah rembatan Burak Yilmaz berjaya menewaskan Tim Krul.

Yilmaz kemudian menyempurnakan sepakan penalti untuk gol kedua pasukannya menerusi sepakan penalti untuk membolehkan Turki masuk ke bilik persalinan dengan kelebihan 2 gol.

Malam Belanda terus sukar apabila Hakan Calhanoglu menjaringkan gol ketiga Turki menerusi percubaan lencongnya pada awal separuh masa kedua.

9880629da1a4424084047497a5f29adb

Pasukan Belanda membuat beberapa siri bantahan. Ini termasuk bola percubaan De Ligt yang menurut mereka sudah melepasi garisan gol.

Mereka juga meminta penalti daripada pengadil. Namun tidak diberikan.

The-Netherlands-slumped-to-a-dramatic-4-2-loss-to-Turkey-in-Istanbul-in-their-opening-2022-World-Cup-qualifier-2

Belanda kemudian berjaya merapatkan jurang gol dengan gol oleh Davvy Klaassen. Diikuti oleh Luuk de Jong. Dua gol tersebut terhasil dalam jarak satu minit, iaitu pada minit ke-75 dan 76. Ia memberikan rasa cemas kepada Turki.

Tetapi Yilmaz terlalu unggul dengan gol hatriknya pada minit ke-81 sekaligus memadamkan api kebangkitan Belanda. Yilmaz menjaringkan gol menerusi sepakan percuma cantik.

Ia adalah persembahan terbaik dalam hidupnya setakat ini untuk pasukan kebangsaan.

Memphis Depay gagal menyempurnakan penalti pada masa kecederaan. Mengesahkan kemenangan mengejut 4-2 Turki ke atas Belanda.

Baca juga perkembangan lain

Mino Raiola Buat Perangai Lagi, AC Milan Mulakan Pencarian Penjaga Gol Baharu

Bale Sertai Spurs Hanya Untuk Kecergasan Sahaja, Membuatkan Penyokong Terguris Mendengarnya

TERKINI: Xabi Alonso Bukan Pengurus Baharu Gladbach Dan Bukan Calon Utama