AC Milan kini berpotensi kehilanggan Donnarumma selepas tawaran terbaru mereka ditolak.
Koresponden sukan, Maurizzio Pistocchi melaporkan bahawa, AC Milan sudah menawarkan tawaran €8 juta semusim kepada Donnarumma. Hanya kurang €500,000 daripada permintaan €8.5 juta oleh Raiola dan Donnarumma sebelum ini.
Tawaran Milan itu adalah €3 juta lebih tinggi daripada tawaran mereka sebanyak €5 juta semusim sebelum ini.
Namun tawaran itu ditolak dan Raiola kini meminta 2 kali ganda daripada tawaran Milan itu iaitu sebanyak €16 juta semusim. Raiola pernah menyatakan bahawa beliau mahukan yang terbaik untuk Donnarumma.
Pistocchi berpendapat bahawa permintaan itu tak masuk akal. Dan lebih baik wang itu digunakan untuk menambah dana bagi mengaktifkan kontrak tetap Fikayo Tomori bernilai €28 juta.
Si dice che @MinoRaiola abbia rifiutato la proposta di rinnovo a 8mln€ a stagione per @gigiodonna1 perché chiede esattamente il doppio, 16mln€ a stagione. Richiesta inaccettabile, per molti motivi. Meglio mettere quei soldi per il riscatto -28mln€- di Fikaio Tomori 🔝 pic.twitter.com/gynRHICyJf
— Maurizio Pistocchi (@pisto_gol) March 24, 2021
Kesannya AC Milan kemungkinan besar tidak dapat mengekalkan Donnarumma meskipun penjaga gol itu menyatakan dia sangat sayangkan AC Milan, selaku kelab dia sokong dari kecil dan juga pilihan utamanya adalah untuk terus kekal.
Jika gagal mencapai kesepakatan dengan Donnarumma, Milan terpaksa melepaskan penjaga gol itu menjadi ejen bebas dan pergi secara percuma.
Beberapa kelab besar sudah mengintai Donnarumma. Ini termasuk Chelsea, Man United dan juga Juventus yang dilaporkan masih berminat.
Ini bukan pertama kali Donnarumma meletakkan AC Milan sebagai ‘tawanannya’ dalam isu kontrak. Sebelum ini beliau pernah meminta AC Milan mendaftarkan abangnya sekali dalam pasukan Milan baru dia setuju melanjutkan kontrak. Permintaan itu ditunaikan Milan.
Adakah Milan kali ini akan menurut permintaan yang dianggap sangat besar nilainya – sekali lagi?
Donnarumma masih muda dan menjadi penjaga gol utama pasukan Milan serta negaranya.
Baca juga artikel:
TERKINI: Xabi Alonso Bukan Pengurus Baharu Gladbach Dan Bukan Calon Utama
Kagum Dengan Kredibiliti Odegaard, Arteta Mahu Pemain Itu Secara Tetap
Dah Tak Gaduh Dah, Ini Sebab Zlatan Menangis Melapor Diri Semula Di Kem Sweden