Sebelum ini Zlatan Ibrahimovic menolak untuk mewakili Sweden lagi kerana tidak sehaluan dengan pengurus kebangsaan mereka.

Sekuat mana dan seego mana seorang Zlatan, beliau tetap menitiskan air mata, meninggalkan keluarganya untuk kembali ke kem kebangsaan Sweden.

Zlatan Ibrahimovic terus cemerlang bersama dengan AC Milan. Menjaringkan 17 gol daripada 23 penampilan musim ini.

Ibrahimovic sebelum ini mengumumkan bersara daripada peringkat antarabangsa selepas Sweden tersingkir daripada Euro 2016.

Zlatan vs Andersson

Pengurus Sweden, Janne Andersson kemudian tidak pernah memanggil pemain itu keluar dari persaraan walaupun prestasinya cemerlang selepas itu.

Zlatan sudah beberapa kali diajukan soalan tentang kepulangan semula. Namun beliau tidak berminat kerana Andersson menurutnya tidak bagus.

Zlatan pernah mempersoalkan tindaka Andersson yang tidak menurunkan Kulusevski di kesebelasan utama. Zlatan menulis: “What a f*cking joke. Satu lagi bukti. Orang yang tidak kompeten berada di tempat tidak sepatutnya yang akan melemaskan bola sepak Sweden.”

Andersson kemudian tidak mahu memberikan komen tentang perkara itu. Serta sudah beberapa kali menegaskan bahawa beliau tak akan memanggil pemain yang tiada hati untuk bermain demi negaranya.

Demi negara

Tetapi sekarang, dikatakan kedua duanya sudah berdamai. Zlatan menyatakan dia mendapat tawaran daripada Andersson untuk kembali mewakili negaranya.

Zlatan kembali ke dalam pasukan kebangsaan. Dan tugasan pertamanya pada kepulangannya adalah aksi kelayakan Piala Dunia 2022 yang akan datang.

Zlatan berkongsi detik di mana dia menangis meninggalkan rumah selepa anaknya menangis tak mahu ayahnya pergi jauh. Zlatan menjadi sebak kerana perasaannya bercampur gembira dan sedih meninggalkan puteranya.

“Vincent menangis ketika dia tahu saya meninggalkan rumah.”

Zlatan bangga

Zlatan sangat berbesar hati dapat mewakili Sweden sekali lagi.

“Bermain untuk pasukan kebangsaan adalah perkara paling besar untuk kamu sebagai pemain bola sepak. Dan saya mengikuti rapat perkembangan mereka. Jauh di sudut hati saya, saya merasakan saya boleh membantu mereka. Dan saya yakin saya boleh melakukan sesuatu.”

Zlatan-Ibrahimovic-in-Sweden-the-forward-cried-with-emotion-as

Ditanya tentang hubungan dinginnya dengan Andersson sebelum ini. Zlatan mejawab: “Jelas segalanya tidak hanya bergantung kepada saya. Ianya perlu sesuai dengan kehendak jurulatih dan kehendak pemain. Saya berbesar hati dapat berkhidmat untuk negara saya sekali lagi.”

“Namun ianya bukan tentang itu sahaja. Mungkin saya kedengaran girang di sini, tetapi saya berada di sini untuk mendapatkan hasil, untuk memberikan kemenangan kepada jurulatih, rakan sepasukan dan seluruh negara saya.”

“Seberapa banyak perkara saya cakap di sini tak berguna pun, sebab ianya tidak membawa sebarang hasil, dan tidak ada apa apa.”

Tugasan pertama Ibra adalah menentang Georgia pada Khamis dan kemudian terbang ke Kosovo – kedua duanya dalam aksi kelayakan Piala Dunia.

Baca juga artikel lain

Piala FA: Leicester Singkir United, Fred Buat Kesilapan Ngeri

Kisah Panjang Terbentuknya DNA Moden Bola Sepak Jerman Sehingga Menjadi Juara Dunia 2014

Depay Mahu Layanan Adil Dari Kerajaan Perancis, Minta Pelepasan Untuk Sertai Skuad Belanda