1. Prestasi Morata hambar

Luis Enrique terus memberikan kepercayaan kepada Alvaro Morata sebagai penggempur utamanya.

Dan sekali lagi pemain itu gagal menujukkan kenapa beliau berhak berada di barisan hadapan serangan Sepanyol.

Bayangkan Gerard Moreno yang hanya bermain 15 minit terakhir menghasilkan jumlah percubaan yang sama dengan Morata iaitu 3 percubaan. 2 percubaan tak tepat dan 1 percubaan tepat.

Morata mencatatkan 3 percubaan dengan 2 tak tepat, 1 dihadang dan 0 percubaan tepat.

Selain itu Morata juga kehilangan bola sebanyak lapan kali dalam perlawanan ini. Menunjukkan betapa cemerkapnya Morata pada perlawanan ini.

Ramai peminat Sepanyol mulai risau keobsesan Enrique ke atas Morata akan memakan diri dan mengorbankan pasukan mereka.

2. Pass pass dan pass lagi

Sepanyol menguasai sebahagian besar perlawanan dengan lebih 85%. Mereka mencipta 4 peluang keemasan dalam perlawanan ini. Harus diakui ianya tidak cukup bagus untuk pasukan dengan penguasaan dan hantaran yang sangat tinggi.

Ianya sesuatu yang menyakitkan apabila melihat pasukan seperti Sepanyol terlalu tidak penetratif dalam perlawanan ini.

Secara keseluruhannya, Sepanyol mencipta 17 percubaan ke arah gol. Namun dari segi ciptaan peluang berkualiti mereka hanya ada 4. Dan dari segi percubaan tepat mereka hanya ada 5.

Sekali lagi kita harus berbalik kepada penyerang. Penyerang yang bagus akan mampu menyempurnakan separa peluang / half chance sekalipun.

3. Prestasi Robin Olsen

Ini salah satu highlight penting kepada karier Olsen setakat ini. Penjaga gol yang hanya menjadi penjaga gol kedua di Everton.

Namun selepas prestasinya berdepan Sepanyol, sudah pastinya nama Olsen akan diintai beberapa kelab. Olsen harus mengekalkan prestasinya untuk melonjakkan lagi kariernya.

Olsen juga menjadi antara sebab kenapa Sweden tidak tewas dalam perlawanan ini. Beliau melakukan 5 saves dan sangat kebal.

4. Alexander Isak turut mencuri tumpuan

Pemain muda Sweden Aleksander Isak adalah masalah utama Sepanyol setiap kali Sweden berpeluang melakukan serangan balas.

Isak hampir memberikan Sepanyol malam yang lebih perit untuk ditelan.

Beliau malah mencipta ‘sitter’ kepada rakannya. Malangnya Marcus Berg gagal menyempurnakan peluang gol ternganga di depannya.

https://twitter.com/i/status/1404536982030667780

Rumusan

Perlawanan ini sebenarnya gagal dimenangi oleh Sepanyol kerana ketumpulan mereka. Sweden pula gagal mengejutkan Sepanyol kerana tidak memanfaatkan detik keemasan.

Pasukan underdog biasanya akan mengejutkan pasukan gergasi hanya dengan menyempurnakan peluang terhad.

Jadi, dari segi keputusan, Sweden masih dianggap mendapat 1 mata berbanding Sepanyol yang hilang 2 mata.