Walaupun sudah tersingkir, namun penyerang Republic Czech, Patrik Schick berjaya menyamakan jumlah gol beliau dengan Cristiano Ronaldo yang pulang lebih awal sebelum ini.
Schick dan Ronaldo kini meninggalkan Euro 2020 dengan 5 gol dan berada di dua tangga teratas.
Patrik Schick is now the joint top goalscorer at #EURO2020 alongside Cristiano Ronaldo (5).
He’s scored 83% of his sides goals. 💪 pic.twitter.com/efoZVECw4k
— Squawka (@Squawka) July 3, 2021
Menurut UEFA, hanya ada 1 pemenang kasut emas temasya tersebut. Dan Ronaldo mendahului carta pada ketika ini walaupun kedua dua pemain menjaringkan gol yang sama.
Dan jika pada baki dua lagi pusingan tiada pemain yang dapat memintas angka 5 gol, maka Ronaldo akan menjadi pemenang kasut emas, berbanding Schick.
UEFA menyatakan bahawa prosedur penentuan pemenang kasut emas jika ada dua penjaring terikat adalah berdasarkan jumlah assist.
Ronaldo berjaya menjaringkan 5 gol, 3 daripadanya adalah penalti. Dan beliau juga berjaya melakukan 1 assist kepada Diogo Jota dalam kekalahan 2-4 Portugal di tangan Jerman.
🔝 EURO 2020 top scorers:
⚽️5⃣ Cristiano Ronaldo 🇵🇹
⚽️5⃣ Patrik Schick 🇨🇿#EURO2020 pic.twitter.com/ovRdAqLYsy— UEFA EURO 2024 (@EURO2024) July 3, 2021
Patrick Schick tidak mencatatkan sebarang assist dalam pertandingan kali ini.
Sebagai tambahan, jika pemain terikat jumlah gol dan assist, UEFA akan menggunakan minit perlawanan untuk menentukan pemenang. Dan jika ia masih terikat maka gol di peringkat kelayakan akan digunakan. Diikuti jumlah assist dan minit perlawanan – jika perlu.
Ada juga peminat yang agak kurang berpuas hati dengan kaedah digunakan UEFA ini kerana menurut mereka, kasut emas adalah anugerah untuk penjaring gol bukannya untuk pencipta gol.
Oleh itu, mereka mempersoalkan, kenapa tidak dikongsi sahaja kasut emas itu seperti mana di EPL – apabila ada pemain menjaringkan gol yang sama banyak.
Ketika ini hanya ada 3 pemain yang berpotensi besar memintas 5 gol itu. Raheem Sterling, Harry Kane dan Kasper Dolberg, di mana kesemua mereka menjaringkan 3 gol.
Lukaku, Benzema dan Fosberg yang menjaringkan 4 gol, semuanya sudah balik awal.
Kali pertama penjaring terbanyak terikat dengan 5 gol adalah pada edisi 2000 di mana Patrick Kluivert terikat dengan Savo Milosevic.
Baca juga artikel
Kecewa Kalah, Vidal Tak Sabar ‘Repeat’ Dan Tewaskan Brazil Tanpa Bantuan Pengadil
Netizen Marah Dembele Guna Kata Kata Berbaur Rasis Kepada Orang Asia
Kakak Courtois Minta Maaf Tuduh Spinazzola Berlakon Cedera Guna IG Thibaut Courtois