Kakak kepada Thibaut Courtois, Valerie Courtois telah meminta maaf kepada Leonardo Spinazzola setelah menuduh pemain itu sengaja melengahkan masa menerusi akaun Instagram rasmi penjaga gol Real Madrid.

Ianya mengejutkan ramai pihak kerana akaun insta story Thibaut Courtois tiba tiba mengecam Spinazzola yang mengalami kesakitan di atas padang.

Ramai yang menuduh ianya perbuatan admin media sosial Courtois. Sebaliknya kakak kepada pemain itu tampil mengaku bahawa dialah yang memuat naik status tersebut.

Spinazzola kesakitan dan terpaksa diusung keluar padang ketika perlawanan suku akhir UEFA Euro 2020 antara Itali dan Belgium pada hari Jumaat.

Kakak Courtois, Valerie, yang berada di Allianz Arena menonton permainan dan bertindak balas dengan memberikan komen terhadap kecederaan Spinazzola menggunakan akaun abangnya.

Dia mengambil video Spinazzola menerima rawatan perubatan dari kakitangan perubatan Itali yang menulis dalam bahasa Belgium: “Itulah yang kita sebut tipu muslihat.”

l0jnnb5urz871

Valerie menganggap Spinazzola hanya berlakon untuk membuang masa.

Akhirnya pemain pertahanan Itali itu telah disahkan cedera serius, pecah tendon. Lalu Valeri yang merupakan pemain bola tampar profesional untuk Stade Français, meminta maaf melalui akaun Instagramnya.

Valerie_Courtois_01_-_FIVB_World_Championship_European_Qualification_Women_Łódź_January_2014

“Rasa sedih setelah mengetahui keadaan Spinazzola Ec berakhir seperti ini. Saya minta maaf atas reaksi saya pada masa ini dan saya sangat berharap dia akan pulih dengan baik.”

courtois_sister_apologises_spinazzola

Spinazzola telah meninggalkan kem  Itali dan akan menjalani pembedahan di Finland hari ini. Dia dijangka tidak beraksi selama enam bulan.

Sebelum cedera, Spinazzola telah dikaitkan dengan Real Madrid, Barcelona dan Tottenham Hotspur. Ejen kepad Spinazzola, Davide Lippi, dilaporkan sudah bertemu dengan wakil Merengues untuk membincangkan kemungkinan perpindahan ke Santiago Bernabeu.

Prestasi cemerlang ditunjukkan Spinazzola dalam aksi Euro kali ini benar benar menaikkan lagi namanya.

Namun dengan kecederaan yang dialami pemain itu, agak sukar untuk beliau mendapatkan kontrak dengan kelab baharu yang lain pada ketika ini.

Semoga cepat sembuh.

Baca juga artikel

Southgate Kagumi Shaw, Catat 2 Assist Dan Statistik Luar Biasa

Unai Simon: “Saya Akan Berikan Trofi MVP Ini Kepada Sommers”

Inter Sedia ‘Hijack’ Andre Onana Dari Arsenal