Arsenal merupakan pasukan yang sangat berminat mendapatkan Andre Onana. Musim lalu mereka dilaporkan telah menghubungi Ajax untuk mendapatkan penjaga gol tersebut.

Namun Arsenal enggan membayar £8 juta yang diminta Ajax untuk pemain tersebut dan tidak melakukan sebarang bidaan rasmi untuk pemain tersebut.

Pada Februari, Onana digantung 12 bulan kerana menggunakan barang terlarang. Menurut Onana dia tidak mengambil barang terlarang itu secara sengaja, sebaliknya ia terkandung dalam ubat yang diberikan isterinya.

Alasan Onana itu lemah. Kerana pemain profesional tidak boleh sewenang wenang mengambil ubatan yang di luar preskripsi daripada doktor pasukan. Dan beliau akhirnya dijatuhi hukuman gantung 12 bulan.

Tetapi hukuman itu dikurangkan kepada 9 bulan oleh CAS. Onana boleh beraksi pada November.

Pemain itu kemudian tidak bercadang untuk melanjutkan kontraknya dengan Ajax. Dan pada musim hadapan pemain tersebut akan menjadi ejen bebas. Hasrat Arsenal mendapatkan pemain itu secara percuma dilihat mungkin hampa.

Gianluca Di Marzio melaporkan Inter Milan sedang memenangi perlumbaan mendapatkan tandatangan Onana. Arsenal sebelum ini melepaskan peluang mereka mendapatkan pemain itu dengan harga £8 juta.

Arsenal turut menawarkan tempat penjaga gol utama kepada Onana. Arteta dikatakan sangat berkenan dengan gaya permainan Onana yang menepati profil penjaga gol yang beliau mahukan.

Seterusnya, jurulatih penjaga gol Arsenal, Inaki Cana pernah menjadi jurulatih Onana ketika di akademi Barcelona. Onana seorang ball playing keeper yang sangat bagus dengan bola.

Ajax sedia menjual pemain itu dengan harga murah pada kali ini. Tetapi Inter sedia memujuk Onana untuk menyertai mereka secara ejen bebas musim hadapan jika Ajax tidak menjual pemain itu pada kali ini.

Bukan itu sahaja, Inter juga berminat untuk mendapatkan Hector Bellerin.

Kedua dua pemain bernaung di bawah ejen yang sama.

Jika Arsenal tidak bertindak pantas, mereka dijangkan akan tewas dalam perebutan mendapatkan Onana. Selain Arsenal dan Inter, Onana juga merupakan sasaran beberapa lagi kelab lain.

Arsenal turut memiliki opsyen lain jika mereka gagal mendapatkan Onana. Mereka menyenaraikan Aaron Ramsdale dalam senarai sasaran mereka.

Namun Arsenal perlu membayar £30 juta untuk pemain tersebut kepada Sheffield United.

Sebelum ini Sheffield meletakkan tanda harga sekitar £40 juta untuk Ramsdale.

Baca juga artikel

TERKINI: Selepas Sancho, United Semakin Hampir Dapatkan Varane

RASMI: Everton Lantik Benitez, Penyokong Kibar Banner Ugutan Di Kediamannya

Fabrizio Romano Sahkan Jadon Sancho Milik Manchester United, Kontrak Sehingga 2026