Everton mengesahkan bahawa mereka telah melantik bekas pengurus Liverpool, Rafa Benitez sebagai pengganti Carlo Ancelotti.
Sebelum ini beberapa media memang mengaiktkan Benitez dengan jawatan tersebut walaupun nampak macam sukar dipercayai – kerana Benitez ada pertalian yang kuat dengan Liverpool.
Our new manager. pic.twitter.com/1FulLthzyF
— Everton (@Everton) June 30, 2021
Selain daripada Benitez, Everton turut menghubungi David Moyes dan Nuno Espirito Santo. Moyes dilaporkan tidak berminat untuk kembali ke Everton kerana beliau ada projek lebih besar di West Ham bagi musim hadapan.
Nuno Espirito pula dikatakan lebih berminat dengan tawaran daripada Spurs. Dan akhirnya Everton mendapatkan Benitez sebagai pengurus mereka.
Ini merupakan kali kedua Benitez menggantikan Ancelotti selepas 2015 di Real Madrid.
Perlantikan itu mengundang kontroversi dengan beberapa sepanduk dikibarkan di luar kompleks kelab dengan mesej keras tidak mahukan Benitez di Goodison Park. Polis Merseyside turut merampas banner yang diletakkan di rumah Benitez dan menyiasat beberapa banner yang berbaur ancaman.
Benitez ada rumah di bandar Liverpool dan keluarganya turut menetap di sana.
Benitez signifikan dengan Liverpool selepas berjaya membawa pasukan tersebut membuat kejutan menjadi Juara Eropah pada 2005 menewaskan salah satu pasukan terbaik dalam sejarah iaitu AC Milan di dalam kebangkitan Istanbul.
Pada 2006, Benitez membimbing Liverpool menjulang Piala FA dan mara ke final UCL sekali lagi pada 2007. Kali ini Milan membalas dendam kekalahan mereka.
Benitez merekodkan 126 kemenangan daripada 228 aksi EPL bersama Liverpool, dan rekod itu hanya diatasi Klopp pada Disember 2020.
Benitez meluangkan masa enam tahun di Anfield dan dipecat pada 2010. Beliau kemudian menguruskan kelab seperti Inter, Real Madrid, Chelsea, Napoli dan Newcastle.
Di Liverpool, Benitez masih menjadi watak kesayangan peminat kerana hubungan baiknya dengan persatuan peminat di sana. Benitez banyak menderma dan membantu perjuanga Justice For The 96.
Beliau juga menjadi pengurus yang disayangi di Newcastle. Kerana membantu kelab tersebut ketika mereka dalam kesukaran dengan pengurusan tertinggi yang menghadkan perpindahan pemain.
Benitez rasminya menjadi pengurus tetap kelima dilantik Everton dalam masa lima tahun selepas Ronald Koeman, Sam Allardyce, Marco Silva dan Ancelotti sejak Roberto Martinez meninggalkan kelab itu pada 2016.
We can confirm Rafael Benitez has been appointed as our new manager.
— Everton (@Everton) June 30, 2021
Baca juga artikel
Fabrizio Romano Sahkan Jadon Sancho Milik Manchester United, Kontrak Sehingga 2026
Finland Hadapi Peningkatan Ketara Kes Covid-19, Dinamakan Kluster Euro 2020 Dibawa Dari Rusia
PSG Dan Deschamps Punca Mbappe Mulai Bersikap Diva Serta Besar Kepala?