Penyokong Everton sudah sedia untuk melakukan walkout ataupun berarak keluar beramai ramai dalam aksi menentang Arsenal pada malam ini ataupun 4 pagi esok waktu Malaysia.
Ianya sebagai protes kepada BOD kelab yang dianggap memalukan dan tidak tahu apa apa dalam pengurusan bola sepak.
Masuk tahun ini, Everton secara rasminya sudah 27 tahun tanpa sebarang trofi walaupun sudah berbelanja besar dalam beberapa jendela perpindahan sebelum ini.
Penyokong Everton sebelum ini melihat era pemilikan Moshiri sebagai era mereka akan bersaing dengan kelab elit di EPL dan seterusnya Eropah.
Malangnya mereka terus dibayangi jiran mereka Liverpool. Dalam dua tahun berturut turut pada 2018 dan 2019, Liverpool menjadi juara Eropah dan Juara Inggeris walaupun mereka berbelanja lebih rendah daripada Everton.
Seterusnya Everton kini ada angka negatif dalam akaun FFP mereka kerana banyak berbelanja tetapi kurang pendapatan termasuk gagal ke Eropah.
Lebih memeritkan apabila Everton dibelasah Liverpool 4-1 di Goodison Park baru baru ini. Kekalahan itu dianggap sebagai kemuncak kepada kemarahan penyokong,
Dalam aksi berdepan Arsenal pada Isnin, penyokong Everton merancang untuk berarak keluar pada minit ke-27 dan tidak akan kembali semula ke tempat duduk mereka.
Minit ke-27 dipilih sebagai simbolik kepada 27 tahun tanpa piala. Kempen tersebut sudah diwar warkan di media sosial sejak minggu lalu.
Penyokong Everton berkongsi rantaian komen dengan rakan penyokong yang lain dengan berkata: “Ajak kaki kamu melangkah pada minit ke-27 menentang Arsenal pada Isnin malam, dan tinggalkan tempat duduk.”
“Mari tunjukkan kepada mereka betapa tidak kompetennya pengurusan tertinggi Everton. #27minutesfor27yearsβ
Everton fans will leave their seats on the 27th minute on Monday night against Arsenal, as a message to the clubs board that 27 years without a trophy in unacceptable. pic.twitter.com/1SqkUbOzYT
— πππ π ππ ππ (@ToffeeTVEFC) December 3, 2021
Musim ini Everton bergelut dengan prestasi. Mereka melantik Rafa Benitez yang tidak dieberikan dana perpindahan. Kesannya Everton kesulitan untuk mengatasi masalah squad depth dan kecederaan.
Dominic Calvert-Lewin, yang menjaringkan 16 gol musim lalu, bersama dengan Yerry Mina – masih tidak dapat beraksi.
Dalam 5 tahun terakhir, Everton berbelanja Β£500 juta. Namun tidak ada apa yang berubah. Kerana mereka masih menamatkan saingan liga secara purata di pertengahan carta liga.
Penyokong menganggap pelaburan Farhad Moshiri sebagai sia sia kerana dia tidak memiliki BDO dan pegawai pengurusan tertinggi yang bagus dalam urusan bola sepak.
Mereka meminta Moshiri menstruktur semula pengurusan tertinggi dan membuang lembaga lembaga pengarah yang tidak bagus.
Sebelum ini mereka melantik Carlo Ancelotti sebagai pengurus. Pengurus yang memiliki rekod trofi yang sangat baik, tetap juga Carlo Ancelotti gagal.
Pundit Micah Richards menyatakan bahawa beliau faham kenapa penyokong Everton marah dan kecewa. Kerana mereka sudah terlalu lama bersabar.
Micah berkata: “Everton sepatutnya menjadi kelab yang memberikan tekanan kepada pasukan lain dalam merebut slot ke Eropah. Martinez membantu mereka menamatkan saingan di tangga kelima pada 2014. Dan Martinez sentiasa menyatakan bahawa Everton adalah kelab yang sangat hebat dan tempat yang sangat bagus.”
“Martinez juga menganggap penyokong Everton sangat baik menyokongnya ketika di sana selepas kelab kehilangan David Moyes.”
“Dan sekarang, mereka sedang bercakap untuk membina stadium baharu di waterfront bandar Liverpool. Namun tiada gunanya membina stadium yang hebat kalau tidak ada ‘barang’ yang kamu mahu letakkan di dalamnya.”
“Standard mereka sudah jatuh dari segi aspek paling penting iaitu bola sepak. Di mana pada Rabu lalu mereka dibelasah di dalam derbi Merseyside.”
“Malang sekali melihat mereka dalam keadaan sangat teruk dan penyokong sekarang malah bercakap tentang prospek penyingkiran.”