Rakan kongsi Liga Perdana Inggeris dilaporkan sebulat suara mendesak agar Everton dipotong 12 mata kerana kesalahan melibatkaan salah laku pengurusan kewangan ataupun Financial Fair Play (FFP).

Baca Juga:

 

Everton telah dirujuk oleh Liga Perdana Inggeris kepada suruhanjaya bebas pada bulan Mac berikutan audit terhadap semua rekod kewangan kelab papan atas untuk musim 2021-22.

Butiran pertuduhan itu tidak didedahkan tetapi dipercayai berkaitan dengan isu cukai yang berkaitan dengan pinjaman untuk stadium baharu Everton di dok Bramley-Moore.

Perbicaraan tatatertib bermula minggu lalu dan keputusannya dijangka akan dikeluarkan tahun ini.

Peraturan keuntungan dan kemampanan liga membenarkan kelab menanggung kerugian maksimum £105 juta dalam tempoh tiga tahun atau berdepan sekatan.

Everton telah merekodkan kerugian sebanyak £371.8 juta dalam tempoh tiga tahun sebelumnya dan kerugian tahunan selama lima tahun berturut-turut – lebih daripada £430 juta secara keseluruhannya sepanjang tempoh tersebut.

Everton boleh didenda atau dikenakan embargo perpindahan jika didapati bersalah tetapi, menurut Daily Telegraph, Liga Perdana telah mengesyorkan pemotongan sehingga maksimum 12 mata.

Seperti yang berlaku, pemotongan sedemikian akan menyebabkan Everton berada di tangga tercorot dengan negatif lima mata dan bertarung untuk mengelak penyingkiran sekali lagi.

Legenda Liverpool, Jamie Carragher kemudian menyindir Premier League, jika Everton dipotong 12 mata untuk satu kesalahan. Bermakna Man City akan berada di divisyen keenam Liga Inggeris atau Liga Kejuaraan Zon Utara.

Hal ini kerana City telah dituduh melakukan 114 kesalahan FFP. Namun mengelak pertuduhan itu di mahkamah rayuan CAS atas sebab kesalahan itu dianggap kesalahan lapuk lebih 5 tahun lalu.