Arsenal turun berhadapan dengan Southampton dalam aksi pertengahan minggu Liga Perdana Inggeris.
Namun tumpuan terarah kepada Theo Walcott. Pemain yang bermain 12 musim di Arsenal, yang memilih untuk meraikan golnya menentang The Gunners.
Theo territory 😏
Beautifully finished, @theowalcott 👌 pic.twitter.com/v4r5J78kAS
— Southampton FC (@SouthamptonFC) December 16, 2020
Tindakan Walcott itu membuatkan segelintir penyokong Arsenal tidak berpuas hati dan kecewa dengan salah seorang pemain yang mereka anggap legenda.
Walcott antara pemain yang berjaya menjaringkan 100 gol untuk Arsenal.
Walcott menjaringkan gol pembukaan perlawanan, ketika kembali ke Stadium Emirates.
Pierre-Emerick Aubameyang menyamakan kedudukan untuk mendapatkan satu mata untuk Arsenal yang beraksi 10 pemain.
“Saya dapat merasa Arsenal sangat takut pada malam ini, jujur,” kata Walcott.
“Mereka melalui masa yang sangat sukar dan kami mungkin salah satu pasukan paling sukar untuk ditentang ketika ini.”
Theo Walcott explains his Southampton goal celebration and reveals Arsenal players’ ‘fear’ at the Emirates#ARSSOU https://t.co/nfWfDjpuCJ
— Standard Sport (@standardsport) December 16, 2020
“Kami berada di prestasi yang bagus. Kami tahu bahawa kami dapat mengatasi banyak pasukan.”
“Sebilangan besar pasukan tidak suka bermain dengan cara yang kami menekan [press] mereka.”
“Kami memburu secara berpasukan dan anda dapat melihat rasa lapar di mata pemain kami ketika kami menginginkan bola kembali.”
Walcott kemudian memberikan pujian kepada Arsenal di atas kejayaan mereka mendapatkan 1 mata daripada perlawanan menentang pasukan yang menurutnya, sedang berada di dalam prestasi terbaik.
“Kredit kepada mereka [Arsenal], mereka mendapat hasil malam ini. Ini menunjukkan betapa jauhnya kita sudah pergi, dan sebab itu kami rasa kecewa gagal membawa pulang 3 mata.”
“Ia sangat berbeza. Ini adalah fasa peralihan, ramai wajah baru. Ini telah berubah, tetapi saya merasakan mereka mempunyai orang yang tepat untuk urusan itu.”
Walcott juga menjelaskan mengapa dia memutuskan untuk meraikan gol beliau dalam perlawanan ini.
Walcott meraikan gol
Pemain sayap itu, yang menghabiskan 12 tahun di Arsenal antara 2006 dan 2018, berkata: “Menjaringkan gol, tidak kira menentang siapa anda bermain, adalah salah satu perasaan terbaik.”
“Saya telah menjaringkan banyak gol di sini [di Arsenal] tetapi sekarang saya memakai jersi Southampton dan bermain untuk Southampton – itu adalah perkara besar bagi saya secara peribadi.”
“Kenapa tidak? Mengapa saya tidak meraikan gol saya?”
“Saya menikmati bola sepak saya. Sangat pelik ketika datang ke Emirates malam ini dengan tidak ada orang di sini, itu adalah perasaan yang sangat pelik. ”
“Tetapi saya menikmati bola sepak saya di Southampton. Saya rasa seperti kanak-kanak semula. Saya berasa seperti menunjukkan prestasi di tahap yang saya mahukan dan semoga saya dapat meneruskannya dalam jangka masa panjang.”
“Rasanya seperti kami telah kehilangan dua mata pada hari ini.”
Mikel Arteta memberikan respon tentang kenyataan Walcott itu.
Mikel Arteta responds to Theo Walcott after he makes damning Arsenal assessment https://t.co/zckLgV4ovL
— Mirror Football (@MirrorFootball) December 16, 2020
“Dia tak pernah menyatakan perkara itu kepada saya secara bersemuka. Kami tadi ada bercakap cakap, namun dia cakap perkara lalin.”
“Jika benar dia berkata begitu [bahawa Arsenal kelihatan takut], itu adalah perasaan peribadinya.”
“Pemain kami memberikan tentangan pada separuh masa kedua. Dan kami menjaringkan gol yang cantik. Dan sekali lagi, paling mustahak, kami menembak diri sendiri di kaki sekali lagi [dengan kad merah].”
“Saya kecewa dengan kad merah itu kerana kami sedang berencana mahu mengeluarkan Gabriel.”
Baca juga perkembangan lain
Jadual Padat, Keletihan Dan Tak Cukup Pemain Antara Punca Kekalahan – Lampard
Guardiola Kritik Ketumpulan Pasukannya, 78% Penguasaan, 26 ‘Shot’ Masih Tak Menang