Liverpool melayan kunjungan Tottenham di Anfield dalam pertarungan di antara dua pasukan teratas liga.

Anfield memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang Gerard Houllier yang meninggal dunia baru baru ini.

3500 (3)

Mourinho memilih untuk menggunakan pendekatan bertahan. Manakala Liverpool menekan dan menguasai perlawanan sejak dari awal.

Liverpool memiliki peluang awal menerusi Roberto Firmino, namun tandukannya dengan mudah ditangkap Hugo Lloris.

Liverpool menekan lawan daripada sebelah Andy Robertson. Serge Aurier beberapa kali terlepas bola dan dimanipulasi pemain lawan.

Liverpool akhirnya di hadapan selepas beberapa percubaan mereka lakukan. Ianya dicetuskan oleh Curtis Jones yang mengiring bola ke dalam kawasan lawan. Mohamed Salah menerima bola dan melakukan rembatan.

Bola terbias pada kaki Toby Alderweireld. Namun pengadil keempat merasakan bola adalah on target dan gol diberikan kepada Salah.

Tetapi Liverpool tersentak dengan gol penyamaan oleh Son Heung Min. Walaupun pada ketika itu mereka menguasai perlawanan sebanyak 70%.

Lo Celso yang melakukan hantaran awal kepada Son Heung Min, telah membuatkan pertahanan tinggi Liverpool kucar kacir.

Dengan prestasi semasanya yang sedang memuncak, memang tiada peluang untuk Alisson menafikan percubaan Son.

VAR menyemak semula gol tersebut dan kekal dengan keputusan bahawa itu adalah gol.

Liverpool cuba mencari gol pendahuluan sekali lagi. Namun tiada tambahan gol pada separuh masa pertama.

Bersambung separuh masa kedua, agak mengejutkan apabila Liverpool memberikan peluang mudah kepada Spurs.

Bergwijn memiliki peluang keemasan untuk menjaringkan gol kedua selepas Rhys Williams gagal menanduk keluar bola. Namun tekanan daripada Arnold cukup untuk membuatkan pemain itu tak stabil dan merembat liar.

Tidak lama selepas itu Bergwijn sekali lagi memiliki peluang 1 lawan 1, tetapi percubaannya terkena tiang. Daripada situasi itu Spurs mendapat sepakan penjuru, dan Harry Kane ada peluang terbaik menerusi tandukan bebas, tetapi tak masuk.

Liverpool kemudian menggerakkan serangan daripada Sadio Mane dan Andy Robertson. Liverpool menggandakan permainan kombinasi di kawasan serangan.

Ketika perlawanan seolah olah berakhir dengan perkongsian 1 mata, Firmino menjadi wira Liverpool dengan gol kemenangan pada minit ke-90 – menanduk bola sepakan penjuru Andy Robertson.

2956786-60691648-2560-1440

Kemenangan itu membolehkan Liverpool naik semula ke tangga teratas liga. 3 mata di atas Spurs.

Baca juga perkembangan lain

Jadual Padat, Keletihan Dan Tak Cukup Pemain Antara Punca Kekalahan – Lampard

Guardiola Kritik Ketumpulan Pasukannya, 78% Penguasaan, 26 ‘Shot’ Masih Tak Menang

Lampard: Alasannya Mudah, Pemain Kami ‘Perasan’ Bermain Bagus