Frank Lampard menyatakan sebab kekalahan kedua berturut turut Chelsea dalam EPL adalah ‘sangat mudah’.

Chelsea tanpa kalah dalam 17 perlawanan terakhir dalam semua pertandingan. Namun mereka tewas di tangan Everton dan Wolves menjelang bulan perayaan Natal.

Lampard berkata: “Kami bermain tak cukup bagus. Itu alasan yang sangat mudah.”

“Ancaman daripada Wolves jelas sekali daripada serangan balas. Itu juga merupakan ancaman utama yang mereka ada.”

“Ia menjadi senjata utama mereka kerana mereka ada kelajuan dan kualiti di zon serangan.”

“Pemain pemain kami tahu perkara itu sebelum perlawanan. Namun malangnya kami membenarkan beberapa siri serangan balas daripada mereka.”

“Jika kamu benarkan mereka bermain dengan kekuatan mereka, maka kamu akan tewas dalam perlawanan tersebut.”

Frank Lampard juga kurang berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan para pemainannya kecuali Oivier Giroud.

Para pemain Chelsea menurut Lampard, terperasan diri mereka sudah bermain bagus di atas padang, selepas berjaya mendahului.

Sedangkan hakikatnya mereka tidak cukup bagus.

“Pada kedudukan 1-0, kami seharusnya dapat mematikan perlawanan.”

“Jika kamu tidak bermain dengan cukup bagus – di mana kami memang tak cukup bagus hari ini – maka cuba bertahan pada kedudukan 1-0.”

“Keputusan di atas padang adalah bergantung kepada persembahan kamu. Para pemain kami hari ini terperasan mereka sudah bermain bagus.”

“Pada minit-mini kamu perasan kamu bermain bagus, perkara seperti ini boleh berlaku.”

Lampard kemudian berharap para pemainnya meneliti semua aksi mereka pada malam tadi menjelang dua aksi Derbi London, di mana mereka akan berkunjung ke West Ham ada Isnin, dan aksi di Emirates pada Boxing Day.

Sumber: NBC

Baca juga perkembangan lain

Edu Minta Penyokong Bersabar, Kerana Arteta Sedang Melakukan Perkara Yang Hebat

UCL: Ini Hasil Undian Kalah Mati, Neymar Berdepan Kelab Lamanya

Tewaskan Levante, Koeman Laung Keyakinan Barcelona Mampu Juara La Liga