Manchester City gagal meraih kemenangan di tempat sendiri ketika menjamu kunjingan West Bromwich Albion di Stadium Etihad pada hari Rabu.
City diikat dengan keputusan 1-1 oleh West Brom, walaupun mendominasi pertandingan dengan penguasaan bola 78%, serta 26 percubaan ke arah gol.
Tujuh percubaan City adalah tepat, sementara West Brom cuma ada satu percubaan tepat dan gol West Brom adalah daripada jaringan sendiri pasukan lawan.
Guardiola berkata: “Kami mencipta peluang yang cukup banyak untuk memenangi perlawanan, saya rasa dalam 26 percubaan.”
“Tapi kami tak menang, kerana kamu harus merembat masuk sebiji bola ke dalam gawang. Kami bergelut melakukan perkara itu.”
Jelas sekali bahawa pasukan Guardiola menghadapi masalah di hadapan gol pada musim ini.
Musim lalu, dengan jumlah perlawanan yang sama dalam liga, Man City sudah menjaringkan 35 gol. Berbanding dengan hanya 18 musim ini setakat ini.
“Anda tidak harus pintar untuk melihat perbezan antara tahun ini dan tahun sebelumnya. Kami memiliki peluang, tapi sayangnya kami tidak dapat menjaringkan gol, terutama dalam empat atau lima pertandingan terakhir yang kami lalui,” kata Guardiola.
Guardiola memasukkan Sergio Aguero pada minit ke-76. Guardiola hanya menggunakan dua daripada tiga kuota pemain gantiannya. Aguero tetap bergelut dan gagal menjaringkan gol liga pertamanya musim ini.
Sementara itu, Gabriel Jesus tidak membolosi gawang lawan selama sebulan.
Guardiola masih tidak menerima kegagalan pasukannya menang perlawanan seperti ini. Kerana menurutnya, untuk menang liga, pasukan itu harus menang perlawanan seperti ini.
“Tidak jauh dari puncak liga, tetapi untuk menjadi juara liga, kamu harus mengalahkan West Brom di tempat sendiri,” katanya.
West Brom bertahan dengan kental terutama sekali penjaga gol Sam Johnstone.
Pep Guardiola: If Manchester City want to fight for the title we must beat teams like West Brom | @TelegraphDucker https://t.co/ACCu3KvXIi
— Telegraph Sport (@TelegraphSport) December 15, 2020
Johnstone membuat beberapa siri penyelamatan yang luar biasa pada akhir perlawanan.
“Kadang-kadang anda memerlukan kesabaran dan kami berusaha mencarinya, tetapi itu tidak mudah. Separuh masa kedua adalah lebih baik tetapi kami tidak dapat menjaringkan gol. Sepuluh pemain mereka bertahan, itu tidak mudah, “kata Guardiola.
Satu mata membuatkan City naik daripada kedudukan 10 ke kedudukan keenam buat masa ini.
Sementara itu, West Brom tetap berada di zon penyingkiran.
Baca juga perkembangan lain
Edu Minta Penyokong Bersabar, Kerana Arteta Sedang Melakukan Perkara Yang Hebat
Lampard: Alasannya Mudah, Pemain Kami ‘Perasan’ Bermain Bagus
Evra: Henry Terus Tutup TV Apabila Melihat Xhaka Menjadi Kapten Arsenal