Pasukan bimbingan Pep Guardiola kini dianggap sebagai pasukan hampir sempurna. Namun begitu Pep Guardiola masih menganggap satu pasukan yang boleh mengganggu Man City daripada menjuarai UCL adalah Liverpool.
Selain itu Pep Guardiola turut waspada ancaman Liverpool dalam perebutan Liga Perdana Inggeris, walaupun ketika ini mereka memiliki jurang mata yang banyak.
Manchester City berjaya menewaskan Sporting CP dengan keputusan 5-0. Hanya malapetaka sahaja yang membuatkan mereka daripada gagal mara ke suku akhir.
Bernardo Silva menjaringkan 2 gol, sementara 3 lagi gol adalah menerusi Riyad Mahrez, Phil Foden dan Raheem Sterling.
Manchester City tampil sebagai pasukan pilihan sekali lagi. Selepas tamat perlawanan, Pep Guardiola ditanya, sama ada beliau merasakan ada pasukan yang mampu menghalang mereka daripada kejuaraan UCL.
Guardiola menyatakan bahawa: “Liverpool. Mereka sekarang 6 mata di belakang kami [dalam carta Liga Perdana Inggeris].”
“Mereka adalah musuh terbesar kami dalam beberapa musim ini dan sentiasa berada di sana [memberikan saingan] – memberikan kesakitan kepada kami pada setiap masa.”
“Mereka adalah pasukan yang hebat di pentas Eropah.”
Reporter: "What team can beat you on your current form?"
Pep Guardiola: "Liverpool. Liverpool are 6 points behind us. They were our biggest rivals in the last seasons. They are always there. They are a pain in the ass. They are a fantastic team in Europe." pic.twitter.com/RgBestDtJP
— DaveOCKOP (@DaveOCKOP) February 15, 2022
Sebelum ini Pep Guardiola turut menyatakan bahwa dia tidak mempercayai kata kata Jurgen Klopp sama sekali ketika pengurus itu menyatakan sudah berputus asa untuk mengejar Manchester City.