Arsenal dilaporkan sudah sedia menuruti permintaan harga oleh Manchester City untuk pemain penyerang Brazil, Gabriel Jesus.

Arsenal dikatakan sedia membayar £50 juta untuk mendapatkan pemain itu.

Apa yang lebih menarik, Goal melaporkan bahawa Gabriel Jesus kini mendesak Man City untuk menerima segera tawaran daripada Arsenal.

Gabriel Jesus sudah menyatakan niatnya mahu meninggalkan Man City sebelum ini. Dan Arsenal antara destinasi yang dia pertimbangkan.

Ini kerana Jesus sangat rapat dengan Mikel Arteta. Ketika Arteta menjadi Pep Guardiola di Manchester City, dia adalah jurulatih yang rapat dengan Gabriel Jesus. Dia malah diarahkan oleh Pep untuk membantu Jesus secara peribadi untuk memperbaiki penyudah pemain itu.

Sejak dari itu Gabriel Jesus sentiasa menjadi pemain yang dekat dengan Arteta berbanding mana mana pembantu Guardiola yang lain.

Arsenal yang turut mencari penyerang selepas kehilangan Alexandre Lacazette dan Aubameyang musim lalu, telah menjadikan Gabriel Jesus sebagai sasaran mereka.

Chelsea turut dikaitkan dengan persaingan untuk mendapatkan pemain antarabangsa Brazil itu.

Gabriel Jesus mahu keluar untuk mendapatkan minit perlawanan bagi membolehkannya menjadi sebahagian pasukan Brazil yang beraksi di Piala Dunia 2022.

Dengan kemasukan Erling Haaland dan juga Julian Alvarez, persaingan di dalam skuad City menjadi lebih sukar untuk Jesus.

Musim lalu pun dia tidak banyak bermain sebagai no.9 di kesebelasan utama. Dia turut banyak diturunkan di posisi sayap.

Arsenal sebelum ini sudah menghantar kertas cadangan kepada Man City. Namun kedua dua kelab gagal mencapai kesepakatan dari segi harga bonus.

Kini Arsenal memperbaiki tawaran mereka dan dikatakan sedia menyamaai nilai harga yang diletakkan Man City.

Gabriel Jesus sebelum ini menegaskan bahawa idea asal dia adalah mengutamakan tawaran dari pasukan yang beraksi di UCL. Ini bermakna, pasukan seperti Atletico Madrid, Chelsea dan Juventus antara yang mungkin dapat menarik perhatiannya.

Tetapi buat masa ini, Juventus dan Atletico dilaporkan tidak dapat menawarkan harga yang terbaik kepada Man City berbanding Arsenal.

Seterusnya, Gabriel Jesus akan menerima jika tidak bermain di UCL kerana Arteta.

Kontrak semasa Gabriel Jesus akan berakhir pada Jun 2024. Musim lalu dia bermain 41 perlawanan, menjaringkan 13 gol dan 11 assist.

Arsenal benar benar aktif dalam jendela perpindahan kali ini. Mereka sudah mendapatkan Fabio Vieira. Dan kini sedia mendapatkan Gabriel Jesus serta Youri Tielemans.

Sumber