Pengurus England, Gareth Southgate memuji Luke Shaw kerana prestasi cemerlang pemain tersebut dalam perlawanan menentang Ukraine. Southgate juga yakin pemain berusia 25 tahun itu dapat menunjukkan prestasi yang lebih baik lagi.
England meraih kemenangan ke atas Ukraine dalam aksi suku akhir Euro 2020, dengan menjaringkan empat gol tanpa balas.
Dua gol adalah daripada kapten Harry Kane. Manakala dua lagi adalah daripada Harry Maguire dan Jordan Henderson. England akan kembali semula ke Wembley untuk berhadapan dengan Denmark dalam aksi separuh akhir.
Sekali lagi skuad England diletakkan sebagai pasukan pilihan untuk mara ke final.
Luke Shaw antara pemain yang menerima pujian khas daripada pengurusnya. Ini selepas pemain tersebut cemerlang ketika bertahan dan juga menyumbang 2 assist.
Only two English players have provided 3+ assists at a single European Championship tournament:
David Beckham (2000)
Luke Shaw (2020)Pinpoint delivery. 🎯 pic.twitter.com/UxGQSvA4Ct
— William Hill (@WilliamHill) July 3, 2021
“Saya rasa persembahannya benar-benar meningkat setiap perlawanan,” kata Southgate.
“Itu dapat kita fahami kerana dia sudah lama tidak bersama kami. Mac lalu adalah aksi pertamanya bersama kami sejak bertahun-tahun lamanya. Ia memerlukan sedikit masa untuk kamu benar-benar maju dan berkembang.”
Luke Shaw’s game by numbers vs. Ukraine:
100% long pass accuracy
100% tackles won
81% pass accuracy
3 attempted crosses
3 successful crosses
3 chances created
2 big chances created
2 assistsLight work. 🔥 pic.twitter.com/yB7Nq9cnGN
— Statman Dave (@StatmanDave) July 3, 2021
“Shaw selesa dalam persekitarannya sekarang, dia tahu bagaimana cara kami ingin bermain. Dia tahu dia sesuai dengan corak permainan tersebut dan berjaya melaksanakannya dengan bagus,” kata Southgate.
What a night! All 👀 on the semis! pic.twitter.com/cJNCUPynVV
— Luke Shaw (@LukeShaw23) July 3, 2021
Selain itu, Southgate menyatakan bahawa ianya bukan perkara yang mengejutkan jika England menjaringkan 2 daripada 4 gol mereka menerusi aksi bola mati – satu daripada sepakan percuma. Dan 1 lagi menerusi sepakan sudut.
Hal ini kerana menurut Southgate, itu memang salah satu kekuatan utama England.
“Kami telah banyak membincangkan isu bola mati sepanjang minggu lalu di pusat latihan.”
“Kami lebih menekankan pada duel ini dan nampaknya kami lebih berbahaya dalam latihan semalam – sebelum perlawanan. Situasi ini sangat sering diulang dalam perlawanan sebenar dan itulah yang terjadi.”
Baca juga artikel
Euro 2020: Dua Gol Babak Pertama Pastikan Separuh Akhir Jadi Milik Denmark
Unai Simon: “Saya Akan Berikan Trofi MVP Ini Kepada Sommers”