Luke Shaw ternyata tidak berpuas hati menjadi punca kepada kemenangan Brighton dan mendakwa ada pemain tolak beliau.

Baca Juga:

Luke Shaw memberikan penalti pada masa kecederaan setelah tertampan bola dengan tangannya.

Penalti tersebut disudahkan Alexis Mac Allister yang kemudian memberikan Man United kekalahan 1-0 di Amex Stadium.
Bercakap kepada media selepas tamat perlawanan, bek antarabangsa England itu menegaskan bahawa, penalti itu agak tidak adil baginya.

Ini kerana menurut Shaw, tangannya ‘naik’ kerana ada impak tolakan daripada pemain di belakangnya.

“Ia benar benar mengecewakan,” kata Shaw kepada Sky Sports.

“Ia berlaku pada minit minit akhir, aksi terakhir perlawanan.”

Luke Shaw kemudian menyatakan ada pemain Brighton tolak dia ketika dia bertahan dan menjadi punca kepada penalti itu.

“Ada sedikit tolakan ke atas saya, dan sudah tentu, kedudukan tangan saya tidak sepatutnya begitu,” tegas Shaw.

“Kesilapan itu membuatkan kami kalah dan ianya sukar diterima.”

“Saya sendiri tak mampu nak menjelaskan bagaimana tangan saya boleh berada di udara seperti itu.”

“Dan dah tentunya, ada sedikit tolakan dan ianya mungkin menjadi punca kenapa tangan saya naik ke atas. Dan sekali lagi, ianya tak sepatutnya berlaku.”

“Saya rasa, malah sebelum sepakan penjuru, ada sepakan percuma diberikan di atas insiden yang bukan kesalahan sama sekali. Saya tidak cuba mencari alasan di atas apa yang saya telah lakukan.”

“Tetapi saya berpendapat, ianya bukan faul sama sekali yang menjadi punca kepada sepakan penjuru itu.”

“Bagi saya, mungkin sepakan penjuru itu tidak sepatutnya diberikan. Namun dah tentunya, saya tak boleh mengubah apa apa dan saya bukan nak menuduh pengadil ataupun apa sahaja.”

“Cuma saya rasa insiden sebelum itu bukan faul. Saya meletakkan tangan saya di atas, dan itu memang saya akui kesilapan bodoh yang membuatkan kami kalah.”