Alvaro Morata mengakui beliau sedar akan prestasinya dalam beberapa perlawanan pembukaan Euro 2020 membuatkan peminat marah.
Namun beliau sangat kecewa kerana ada peminat yang marah sehingga menghantar mesej dan komen kejian serta ugutan bunuh ke atas keluarganya selepas aksi menentang Poland.
Ada yang memaki hamun isterinya yang berada di dalam stadium.
Penyerang Juventus gagal memenuhi harapan ramai pada Euro 2020 dan terlepas banyak peluang keemasan di jentera serangan Sepanyol.
Kegagalannya menjaringkan gol sehingga meletakkan Sepanyol berada di kedudukan yang teruk dan pernah berada dalam prospek pulang awal.
Peminat Sepanyol yang marah banyak mengkritiknya, dan sekarang Morta mendakwa bahawa dia dan keluarganya telah diancam.
Morata malah tidak dapat tidur selama 9 jam selepas aksi berdepan Poland kerana memikirkan keluarganya yang menerima kata kata kesat dari peminat.
Dia berkata: “Saya melalui sembilan jam tanpa tidur selepas aksi berdepan Poland. Saya telah menerima ancaman, penghinaan kepada keluarga, dengan mengatakan ‘kami harap anak-anak kamu akan mati’ …”
“Tetapi saya baik-baik saja, mungkin beberapa tahun yang lalu reaksi saya akan jauh lebih buruk. Mungkin saya tidak menjalankan tugas saya sebagaimana yang sepatutnya.”
Morata spoke to @partidazocope last night. Hard not to sympathise when he talks about "receiving threats, insults to your family… what bothers me is what my wife has to go through, my kids go to Seville with their dad's name on their shirts" https://t.co/xysSNvBpwn
— Alex Kirkland (@alexkirkland) June 25, 2021
“Saya faham bahawa anda mengkritik saya kerana tidak mencetak gol, tetapi orang harus meletakkan diri di tempat saya, memahami apa ertinya menerima ancaman, untuk memberitahu anda bahawa anak-anak anda patut mati.”
“Apabila tragedi terjadi, mereka akan mengatakan bahawa dia [anak saya] adalah orang yang baik.”
“Ketika saya tiba di hotel, saya menutup telefon saya, tetapi yang mengganggu saya ialah mereka mengatakan perkara ini kepada isteri dan anak-anak saya di stadium.”
Namun Morata berterima kasih kepada pasukan terapi Sepanyol yang banyak membantunya meringankan beban dalam dirinya.
“Ini banyak membantu kami. Senang ada seseorang yang mendengarkan anda bila-bila masa anda memerlukannya. Rakan sepasukan pun mengusik saya untuk perkara ini [bercakap dengan pakar terapi], tetapi saya bernasib baik saya dapat membincangkan semua ini dengan beliau. ”
Baca juga artikel
Copa America: Colombia Mahu Pengadil Digantung Kerana Menjadi Punca Gol Brazil
Low Gentar Ancaman England, Tuntut Anak Buah Ulangi Aksi Menentang Portugal