UEFA rasminya mengumumkan bahawa peraturan gol di tempat lawan dimansuhkan serta merta daripada pertandingan kelab UEFA.
Pengumuman itu dibuat oleh presiden UEFA, Aleksander Ceferin selepas menerima cadangan tersebut pada Mei yang lalu.
Jadi, bermula musim 2021/2022, semua pertandingan kelab di bawah UEFA tidak lagi menggunkana peraturan gol di tempat lawan.
Peraturan gol tempat lawan telah digunapakai di dalam perlawanan kelab UEFA sejak 1965 lagi.
Selepas ini, kesemua pertembungan kalah mati dua perlawanan adalah berdasarkan agregat semata mata. Dan jika seri secara agregat, perlawanan akan diheret ke ekstra dan kemudian penalti.
Ceferin menganggap peraturan gol tempat lawan sudah tidak relevan dan tidak seharusnya gol tempat lawan memberikan beban yang lebih berbanding gol di halaman sendiri.
UCL, UEL – melibatkan pertandingan lelaki dan wanita – kesemuanya akan dimainkan tanpa peraturan gol tempat lawan lagi.
Ceferin menambah, pada hari ini, dengan kualiti padang, stadium yang canggih dilengkapi teknologi VAR, maka gol tempat lawan tidak lagi diperlukan.
Dahulu gol tempat lawan diwujudkan kerana pasukan tuan rumah biasanya memberikan kesukaran kepada pelawat. Ini termasuk penyokong fanatik, keadaan padang yang sengaja dibuat menyusahkan lawan, dan banyak lagi.
“Impak daripada peraturan ini adalah seperti membuatkan pasukan tuan rumah takut menyerang pada perlawanan pertama kerana risau melepaskan bolos yang akan memberikan kelebihan yang kuat kepada lawan.”
“Kami juga mendengar kritikan tentang ketidakadilan terutama sekali pada masa ekstra, di mana pasukan tuan rumah harus skor 2 jika pasukan pelawat skor 1.”
⚽ The away goals rule will be removed from all UEFA club competitions from the 2021/22 season.
Ties in which the two teams score the same number of goals over the two legs will now have two 15-minute periods of extra time, and, if required, penalty kicks.#UCL #UWCL #UEL #UYL
— UEFA (@UEFA) June 24, 2021
Bagaimana dengan pandangan anda? Setuju dengan pemansuhan ini?
Baca juga artikel
Low Gentar Ancaman England, Tuntut Anak Buah Ulangi Aksi Menentang Portugal
Cetak 109 Gol Untuk Portugal, Ronaldo Hanya Perlukan 1 Gol Lagi Untuk Jadi ‘GOAT’ Gol Antarabangsa
EPL Tertinggi Dalam Bayaran Gaji Pemain Purata RM683 Juta Semusim Setiap Pasukan