Pengadil Tom Henning Ovrebo mengakui bahawa Chelsea sepatutnya diberikan penalti dalam perlawanan kontroversi yang disadilinya ketika aksi The Blues menentang Barcelona dalam Liga Juara-Juara Eropah pada 2009.
Ovrebo menolak beberapa tuntutan penalti untuk Chelsea apabila Barcelona akhirnya memenangi perlawanan separuh akhir dan mara ke final.
Perlawanan yang menjadi titik tolak di mana Barcelona dipanggil Uefalona oleh peminat pasukan lawan mereka.
Didier Drogba yang dilayangkan kad merah dalam perlawanan itu, mengeluarkan kata-kata yang pasti anda semua ingati: ‘ianya memalukan’ – Drogba berkata begitu di hadapan kamera.
🗓 ON THIS DAY 13 YEARS AGO:
Didier Drogba screamed “IT’S A F*CKING DISGRACE” into the camera as Barcelona knocked Chelsea out of the Champions League and was handed a six-game ban as a result of his outburst 😅 pic.twitter.com/jAsGrYEG9B
— ODDSbible (@ODDSbible) May 6, 2022
Bercakap kepada Sportsmail, Ovrebo mengakui bahawa Chelsea sepatutnya mendapat penalti pada separuh akhir.
Dia berkata: “Saya rasa penyokong Chelsea tidak betul jika mereka menuntut empat daripada lima penalti, tetapi saya fikir semua orang yang mengetahui bola sepak dan undang-undang permainan tahu sepatutnya ada penalti yang harus diberikan kepada Chelsea.”
“Itu berlaku, terutamanya sebelum VAR. Kadang-kadang anda terlepas pandang insiden sepakan penalti, kadang-kadang anda terlepas pandang insiden kad merah atau keputusan penting. Dan saya fikir semua orang yang tahu bola sepak tahu sepatutnya ada penalti pada ketika itu.”
“Mereka boleh membuat spekulasi sendiri yang mana satu yang sepatutnya menjadi penalti. Saya tidak akan memberi anda jawapan yang betul mengenainya kerana saya tidak mempunyai jawapan yang betul, saya hanya mempunyai persepsi saya mengenainya.”
🗓 On this day, 13 years ago..
– Michael Essien scores an unbelievable volley.
– Andrés Iniesta breaks Chelsea hearts in the 90th minute.
– Didier Drogba goes on *that* 'FUCKING DISGRACE' rant.One of the most unforgettable nights in #UCL history. pic.twitter.com/q0Wt3lRFhW
— Football Tweet ⚽ (@Football__Tweet) May 6, 2022
Pengadil tersebut terus menyatakan bahawa dia harus kekal tegas untuk memastikan dia tidak ‘diperdaya’ oleh pemain Chelsea yang memberikannya tekanan berterusan.
Beliau menambah: “Dalam perlawanan seperti itu apabila anda mempunyai begitu banyak rayuan penalti, kadang-kadang sebagai pengadil anda bimbang agar tidak diperdayakan oleh sesuatu pasukan,” sambungnya.
“Jadi mungkin itu boleh mempengaruhi persepsi saya secara negatif pada masa itu.:
“Itu boleh jadi. Saya tidak tahu kepastiannya, saya hanya membuat spekulasi dengan anda.”
“Itu mungkin satu jenis penjelasannya, bahawa anda tidak mahu kelihatan seperti pengadil yang ditekan untuk memberikan penalti.”
“Jadi maka mungkin anda melihat situasi itu dengan lebih tegas dalam satu cara.”
Bekas pengadil itu kemudian menyatakan bahawa jika dia ada bantuan VAR ketika, beberapa panggilan pasti akan berbeza dan mungkin menyaksikan Chelsea mara ke final.
“Jika saya ada VAR dalam perlawanan itu, saya pasti beberapa keputusan pengadilan akan berbeza.”
“Tetapi saya tidak perlu merenung kembali prestasi saya selagi saya melakukan yang terbaik.”
“Saya boleh belajar daripadanya dan itu mungkin perkara yang paling penting, tetapi bagi saya — saya tidak boleh melupakannya atau menyesali beberapa keputusan saya.”
“Saya melakukan kesilapan lain sepanjang 40 tahun saya sebagai pengadil dan saya tidak boleh menyesali semuanya.”