EPL terus menjadi lubuk besar untuk menuai wang oleh para pemain. Di mana laporan terbaru daripada Players Union menunjukkan bahawa sebuah pasukan EPL membayar secara purata $164 juta ataupun sekitar RM683 juta semusim untuk gaji pemain.

Secara keseluruhan, 20 pasukan EPL musim lalu membelanjakan sekitar $3.28b / RM13.4b untuk gaji pemain dalam semusim.

David De Gea merupakan penerima gaji terbesar pada musim 2020/21 dengan $500 ribu seminggu. Diikuti Pierre Emerick Aubameyang dengan $468 ribu seminggu. Kedua dua mereka mendapat gaji tersebut dalam kontrak baharu yang mereka tandatangani.

ole bruno fernandes de gea

Kevin De Bruyne dan Raheem Sterling masing masing di tangga ke-3 dan keempat dengan gaji masing masing $410 ribu seminggu dan $400 ribu seminggu.

Sementara Pogba di tempat kelima dengan $388 ribu seminggu. Di mana Mino Raiola masih cuba meyakinkan United untuk menjadikan Pogba pemain bergaji tertinggi di EPL.

Di tempat kedua adalah La Liga dengan keseluruhan nilai bayaran gaji pemain adalah $2.22 billion /RM9.25b dengan purata $110.8 juta /RM461.7 juta semusim untuk setiap pasukan.

ramos messi

Di tempat ketiga adalah Bundesliga dengan keseluruhan 18 pasukan membelanjakan sekitar $1.7 billion / RM7.8b . Bermaksud, purata setiap pasukan membelanjakan $92.2 juta / RM385 juta semusim untuk membayar gaji pemain mereka.

Walaupun Serie A membelanjakan keseluruhan $1.75b semusim untuk gaji pemain. Namun oleh kerana mereka bermain dengan 20 pasukan, maka purata setiap pasukan membelanjakan gaji lebih rendah daripada Bundesliga.

Berikut adalah senarai 16 liga dengan pembayaran gaji pemain tertinggi.

platyers

Baca juga artikel

Koke & Sarabia Perlekeh Kekalahan Piala Dunia Van Der Vaart Selepas Kritikan Pedas Pemain Itu

Sadio Mane Sumbang RM2.6 Juta Bina Hospital Di Senegal Tanda Kesyukuran

UEFA Ancam Hukum DFB Kerana Lilitan Pelangi, Peminat Keliru ‘SOP’ UEFA Yang Tak Konsisten