Bintang Liverpoool, Sadio Mane terus membantu membina infrastruktur di kampung kelahirannya di Bambaly, Senegal.

Sadio Mane menyatakan ianya adalah sebahagian daripada rasa syukurnya dikurniakan kehidupan yang beliau ada sekarang. Menjadi pemain bola sepak yang berjaya dengan pendapatan berjuta dollar setahun.

Sebelum ini Mane sudah membantu membina sekolah menengah serta sebuah pasaraya di kampung beliau serta membantu dalam membina beberapa lagi keperluan asas yang penting.

Sadio Mane kini sedang fokus dalam membantu menyiapkan hospital di kampungnya.

Sebaik sahaja amat tugasannya dengan Senegal dalam aksi Zambia dan Vape Verde, Sadio Mane terus berjumpa dengan Presiden Senegal.

Selain daripada membincangkan isu kemajuan bola sepak, Sadio Mane juga menyumbang kepada pembinaan hospital dan juga membantu membiayaai pembelian ubat ubatan.

Presiden Macky Sall dalam kenyataan rasminya berkata: “Pemain antarabangsa Senegal, Sadio Mane telah bertukar tukar pandangan dengan ketua negara berkaitan dengan kerja kebajikan termasuk pembinaan sebuah hospital.”

0_Sadio-Mane-has-spent-over-500000-on-a-hospital-for-his-village-in-Senegal

“Beliau turut meminta banuan daripada petugas kesihatan negara ini [bagi mendapatkan pandangan]. Kami juga bertukar tukar pandangan tentang stadium baharu Senegal serta dua aksi pershabatan terakhir.”

Menurut laporan oleh AS, hospital yang akan dibina di Bambaly itu akan berkhidmat untuk 34 buah kampung di sekitarnya. Ianya sangat penting untuk mereka.

Sadio Mane pernah menceritakan kepayahan penduduk kampung di sekitarnya. Di mana ramai yang masih melahirkan anak di rumah dengan cara bidan tradisional kerana akses ke hospital sangat jauh – termasuk ibunya sendiri dahulu.

Seterusnya, Mane juga pernah menceritakan pengalaman perit melihat ayahnya meninggal dunia kerana sakit, akibat tidak dapat pergi ke hospital.

“Ketika itu saya berusia 7 tahun. Kamu baru nak bermain bola sepak. Dan kemudian sepupu saya mendekati saya lalu berkata: ‘Sadio, ayah kamu dah meninggal dunia’.”

“Saya membalas: ‘Ye ke ni? kamu berguraukah?”

“Sebelum ayah meninggal dunia, dia ada mengalami sakit dalam beberapa minggu.”

“Kami membawanya berubat secara tradisional. Ia membantu meredakan penyakitnya dalam 3 atau 4 bulan.”

“Tidak lama selepas itu, sakit itu datang lagi. Pada masa itu, kami tak ada ubat dari klinik kerana tiada hospital di Bambali. Mereka kena bawa ayah ke kampung sebelah untuk cuba menyelamatkannya. Namun gagal.”

Ayahnya sentiasa bangga dengan Mane

“Ketika saya masih kecil, ayah selalu menyatakan dia bangga dengan saya. Ayah seorang lelaki yang berjiwa besar.”

“Selepas dia meninggal dunia, ia memberikan kesan yang kuat kepada saya dan seluruh keluarga.”

“Saya bertekad dengan diri sendiri, saya perlu melakukan yang terbaik untuk membantu emak. Namun benda tu sangat sukar nak kamu lakukan kerana kamu masih sangat muda.”

Dan selepas ini sebuah hospital berdiri megah, ditaja sepenuhnya Sadio Mane, akan dibuka di kampungnya.

“Saya masih ingat, adik perempuan saya dilahirkan di rumah kerana tiada hospital di kampung saya. Ianya situasi yang sangat menyedihkan. Dan saya nak membina sebuah hospital bagi memberikan harapan kepada orang di sini.”

Baru baru ini, Sadio Mane menyatakan: “Hospital ini adalah tanda terima kasih saya kepada kamu semua, dan ianya untuk kamu penduduk di Sédhiou.”

Menurut laporan, Sadio Mane sudah membelanjakan sekitar 350 juta FCFA, ataupun sekitar £455,000 ataupun RM2.63 juta untuk membina hospital tersebut.

Ini adalah pertama kali di kampungnya akan ada institusi dan fasiliti kesihatan yang lengkap dengan wad bersalin, perkhidmatan pergigian, konsultansi dan banyak lagi.

Baca juga artikel

Semua Pemain England Akan Warnakan Rambut Gaya Foden Jika Juara Euro 2020

UEFA Ancam Hukum DFB Kerana Lilitan Pelangi, Peminat Keliru ‘SOP’ UEFA Yang Tak Konsisten

Mourinho: “Hazard Seorang Pemalas Di Sesi Latihan Dan Hanya Bergantung Pada Bakatnya”