Satu laporan luar biasa dari Jerman menyebut bahawa Sadio Mane menumbuk muka Leroy Sane. Ianya pasti mengejutkan ramai pihak memandangkan Mane seorang yang sangat tenang dan bukan panas baran.

Baca Juga:

Pemain Bayern Munich Sadio Mane dan Leroy Sane telah bergaduh  di bilik persalinan selepas kekalahan suku akhir pertama Liga Juara-Juara Eropah, kelab Jerman itu di tangan Manchester City.

Laporan menyatakan bahawa Sane mengalami luka di bibir dalam pertengkaran itu dan kedua-duanya yang dilaporkan kerana ditumbuk oleh Mane.

Mereka awalnya dilihat bertengkar di atas padang pada lewat permainan — membuatkan rakan rakan sepasukan yang lain meleraikan mereka.

Pertengkaran itu dikaitkan dengan insiden pada kurang 10 minit terakhir di mana Sane kelihatan memaki Mane yang tidak memahami apa yang dimahukannya.

Sadio Mane dikatakan tidak berpuas hati dengan cara Leroy Sane bercakap kepadanya ketika insiden selepas wisel penamat. Dia menghampiri Sane ketika menuju bilik persalinan.

Dan menyatakan ketidakpuasan hatinya ke atas Sane yang menurut Mane agak biadap.

Pertengkaran itu berlanjutan ke bilik persalinan sehingga Mane telah menumbuk Sane di mukanya.

Bild menambah bahawa pemain antarabangsa Senegal Mane, pemain bola sepak Afrika dua kali tahun ini, telah merungut tentang cara pemain sayap Jerman Sane bercakap dengannya berikutan kekalahan 3-0 di Stadium Etihad.

Tiada komen segera daripada Bayern Munich mengenai insiden yang dilaporkan itu setakat ini.

Keputusan menentang City adalah kekalahan paling teruk Bayern dalam Liga Juara-Juara sejak tumbang 3-0 kepada Paris Saint-Germain pada 2017.

Mane telah mengalami kempen yang tidak konsisten pada 2022-23 sejak menyertai Bayern dari Liverpool pada musim panas.

Sebahagian besarnya disebabkan oleh kecederaan kaki yang dialaminya pada Nov tahun lalu yang menyaksikan dia terlepas Piala Dunia 2022.

Sane telah berada di Munich sejak musim panas 2020, meninggalkan Manchester City untuk berpindah ke Bavaria dalam perpindahan bernilai €49 juta.