Robert Lewandowski mengejutkan ramai pihak apabila dengan terbuka menyatakan bahawa apa yang ada di antara dia dengan Bayern Munich, sudah berakhir.
Pemain itu menyatakan bahawa, ada sesuatu yang telah mati secara emosi di dalam dirinya yang membuatkannya mahu berpindah. Sambil menyatakan bahawa dia kecewa apabila pandangannya tidak dihormati.
Lewandowski masih ada setahun lagi dalam kontraknya. Tiba tiba dia memberitahu secara terbuka niatnya mahu berpindah. Dan mendesak kelab mencari penyelesaian demi kebaikan kedua dua pihak.
Ini kerana Lewandowski menyatakan bahawa dia banyak berkorban untuk kelab tersebut dan memberikan kelab kejayaan. Dia pernah beraksi dalam keadaan cedera dan sentiasa bersedia apabila namanya diperlukan.
Lewandowski berkata: “Saya mahu pergi kerana saya mahukan lebih emosi dalam hidup. Mereka tak mahu mendengar pandangan saya sampai ke sudah. Ada sesuatu yang telah mati dalam diri saya — dan ianya sangat mustahil untuk saya melupakannya begitu sahaja.”
“Walaupun kamu mahu bersikap profesional, kamu tak boleh berpura pura untuknya.”
enthusiasm, emotion, enthusiasm, willingness to give your whole self to the cause?
Lewandowski: "I think it goes in that direction. I'm leaving my friends, I spent many years with some of them, we saw each other every day. These are real friendships"
— Bayern & Germany (@iMiaSanMia) June 6, 2022
“Kesungguhan, emosi, keinginan, kemahuan untuk memberikan segalanya yang kamu ada untuk mencapai tujuan itu?”
“Saya rasa ianya berada dalam landasan tersebut. Saya terpaksa meninggalkan rakan rakan saya, yang saya luangkan masa bersama dengan mereka bertahun tahun lamanya. Ini adalah persahabatan sejati.”
Lewandowski menyatakan bahawa dia memberitahu Bayern awal awal dia mahu angkat kaki dan tak mahu menyambung kontrak baharu kerana berharap itu akan membantu kelab menjualnya segera daripada dia pergi secara percuma.
Robert Lewandowski wants to join Barcelona, no way for other clubs as of today. He knows it’s still not easy to reach an agreement with Bayern – but he’s only waiting for FCB. 🚨🇵🇱 #FCB
Lewa has verbal agreement on a three year deal with Barça.
More: https://t.co/7LbOWDUhet pic.twitter.com/OR3k2wBD0B— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) June 4, 2022
Pada masa yang sama dia meminta kelab mengenang jasanya selama 8 tahun bersama Bayern. Dia sentiasa sedia berjuang untuk kelab walaupun dalam kesakitan dan kecederaan sekalipun.
Lewandowski sangat berharap Bayern akan menerima tawaran Barca sahaja buat masa ini.
🎙️ Robert Lewandowski: "No other offers were considered except the one from Barcelona. I've already started to speak Spanish. I have a house in Spain. I want to leave Bayern. That's clear."
(Source: @OnetSport) pic.twitter.com/STE50Jzg3x
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) June 6, 2022
“Apabila kamu sudah berada di kelab ini bertahun tahun lamanya, kamu akan sentiasa bersedia untuk bermain walaupun dalam kecederaan dan kesakitan, kamu akan memberikan yang terbaik. Jadi, cara terbaik adalah untuk mencari penyelesaian untuk kedua dua belah pihak. Dan tidak hanya membuat keputusan atas dasar menguntungkan satu pihak sahaja.”
“Ini nampak tidak masuk akal selepas segala yang berlaku selama ini. Selepas berada di landasan kejayaan yang hebat seperti ini, serta peranan saya yang sentiasa bersedia dan menyokong pasukan, kesetiaan saya, dan rasa hormat saya kepada kelab, rasanya itu lebih penting daripada sekadar urusan perniagaan.”
“Pemain jenis apa yang mahu meninggalkan Bayern? Dan apabila mengetahui perkara seperti ini boleh berlaku kepada mereka? Di mana rasa hormat dan kesetiaan? Saya sentiasa bersedia berjuang, saya sudah bermain di sini 8 tahun yang indah, bertemu dengan insan insan hebat. Dan saya mahu kenangan ini kekal dalam diri saya selamanya.”
Lewandowski: “I only want to leave Bayern. Loyalty and respect are more important than work. The best way is to find a solution together”, tells @OnetSport. 🚨 #FCBayern
“Something has died in me, I want to leave Bayern for more emotions in my life”. pic.twitter.com/qXpNd7J9E1
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) June 6, 2022
BILD kemudian melaporkan bahawa, punca kepada krisis Lewandowski yang mahu berpindah itu bermula – apabila pemain itu berkecil hati ditegur oleh Julian Nagelsmann.
Sebagai jurulatih, sudah tentunya Nagelsmann ada hak untuk menegur pemainnya terutama sekali berkaitan dengan aspek permainan di atas padang.
Malangnya Robert Lewandowski merasakan bahawa Nagelsmann tidak layak memberitahunya apa yang dia harus lakukan sebagai penyerang. Dia malah mengingatkan pengurus itu tentang rekod golnya sepanjang 8 musim bersama Bayern.
Dalam satu sesi latihan yang diketuai oleh jurulatih Bayern Munich Julian Nagelsmann, pengurus itu secara tidak sengaja telah bertengkar dengan Lewandowski kerana perkara remeh.
Nagelsmann pada mulanya memberi nasihat kepada Lewandowski untuk memperbaiki kedudukannya apabila menerima hantaran silang.
Nasihat Nagelsmann tidak diterima baik oleh penyerang itu. Lewandowski menjawab sinis dan mengingatkan Nagelsmann tentang sumbangannya yang menjaringkan 40 gol sepanjang musim.
Bukan itu sahaja, Lewandowski juga merasakan tidak perlu mendengar nasihat itu kerana dia sudah tahu kebolehan dirinya.
Nagelsmann sebelum itu dikatakan pernah berdebat dengan Leroy Sane. Nagelsmann memang tegas dengan pemainnya dalam isu taktikal. Dia seringkali berbalah dengan mereka untuk mencari penyelesaian.
Bagaimanapun, pertengkaran Nagelsmann dengan Sane tidak membuatkan pemain itu mahu berpindah. Ianya seperti pertengkaran Nagelsmann dengan beberapa pemain lain sebelum ini ketika di Hoffenheim atau Leipzig.
Namun di Bayern, ego dia berbeza. Nagelsmann harus ingat bahawa, Carlo Ancelotti sendiri pernah kehilangan jawatan di Bayern apabila para pemain melancarkan penentangan ke atasnya dengan bertemu dengan pengarah sukan di hotel – meminta kelab memecat Carlo Ancelotti.
An anecdote between Robert Lewandowski and Julian Nagelsmann that shows there was an ego problem with the striker [@kessler_philipp, @mano_bonke] pic.twitter.com/uXMXYFOE7t
— Bayern & Germany (@iMiaSanMia) June 8, 2022