Bayern Munich terpaksa menelan penyingkiran dari UCL pada peringkat suku akhir. Juara bertahan menang di Parc Des Princes namun gagal untuk mengatasi PSG secara agregat.
PSG berjaya membalas dendam kekalahan mereka di final musim lalu.
Aksi kedua dua pasukan nyata seimbang. Namun PSG memulakan perlawanan dengan mencipta deretan peluang pada separuh masa pertama. Bayern turun tanpa Robert Lewandowski.
Lewandowski supporting Bayern from home 🛋 pic.twitter.com/rp8Od29jtw
— ESPN FC (@ESPNFC) April 13, 2021
Neymar dan Mbappe kedua dua mereka menjadi ancaman utama kepada Bayern Munich. 10 minit pertama, Neymar sudah melakukan dua percubaan ke arah gol. Neuer dipaksa bekerja keras untuk menafikan percubaan pada minit ke-9.
Pada minit ke-27, Joshua Kimmich melakukan percubaan dari luar kotak penalti yang tersasar sedikit.
Pada minit ke-37, Neymar pula menyaksikan percubaannya terkena palang gol.
9 – Neymar Jr. 🇧🇷 has been involved in nine of @PSG_English's 10 shots in this match against Bayern Munchen (six shots and three key passes), attempting 13 dribbles in the game (six completed). Exhibition. pic.twitter.com/XptWAMXSz8
— OptaJose (@OptaJose) April 13, 2021
Sebelum rehat separuh masa pertama, bekas pemain PSG, Choupo Moting menjaringkan gol pembukaan dalam aksi ini. Choupo Moting melakukan susulan daripada bola yang ditepis oleh Navas. Choupo Moting dengan fizikal kerasnya mencabar pertahanan lawan dan menanduk masuk.
2 – Eric Maxim Choupo-Moting has scored more goals in his two Champions League appearances against PSG (two) than he scored in his 10 games for them in the competition (one). Stoked. pic.twitter.com/uGCyFB0CXv
— OptaJoe (@OptaJoe) April 13, 2021
PSG kelihatan agak cemas dengan gol tersebut. Kerana mereka berterusan menyerang namun tiada hasil.
Leroy Sane hampir menambah gol buat pasukan pelawat pada masa kecederaan separuh masa pertama.
Pada separuh masa kedua, minit ke-53, Mbappe mencari Neymar dengan hantaran cantik. Namun gandingan mereka gagal menemui sentuhan gol.
Leroy Sane kemudian melakukan dua percubaan bahaya. Malang sekali Sane terus buntu.
PSG kemudan menerima ancaman daripada Bayern. Mujur mereka berjaya bertahan dengan baik dan meneruskan kemaraan ke separuh akhir sekali lagi. Bayern gagal mendapatkan gol kedua yang mereka cari. Menang 1-0 tidak cukup untuk mereka yang tersingkir 2-3 kepada PSG.
1 – PSG's elimination of Bayern Munich tonight is the first instance in Champions League history of the previous season's losing finalists eliminating the holders in the knockout stages. Revenge. pic.twitter.com/Q5rc6oQLtu
— OptaJoe (@OptaJoe) April 13, 2021
Baca juga artikel
Solskjaer Tuduh Son Penipu, Mourinho Anggap Son Bertuah Kerana Tidak Berbapakan Ole