Borussia Dortmund telah menyatakan dengan jelas bahawa mereka tidak mahu menjual Erling Haaland pada jendela perpindahan akan datang, kata ejen penyerang tersebut, Mino Raiola.
Haaland telah menjadi pemain yang mendapat paling banyak permintaan di Eropah setelah prestasi individu yang luar biasa untuk Dortmund, walaupun pasukannya tidak konsisten.
Haaland telah menjaringkan 33 gol dan sembilan assist dalam 34 penampilan dalam semua pertandingan musim ini. Di antara pemain dalam lima liga teratas Eropah, hanya Robert Lewandowski (50), Harry Kane (45) dan Kylian Mbappe (43) yang terlibat secara langsung dalam lebih banyak gol.
Penyerang 20 tahun itu mulai dikaitkan dengan Manchester City, Manchester United, Chelsea, Real Madrid dan Barcelona. Dengan valuasi harga beliau sekitar EUR150 juta.
Raiola, bagaimanapun, mengatakan Dortmund menyatakan pendirian tegas mereka bahawa mereka tidak mahu menjual penyerang itu pada akhir msim ini.
Raiola berkata: “Saya dapat mengesahkan bahawa saya telah mengadakan beberapa perbincangan dengan Dortmund. Tidak ada perang antara Dortmund dan kami, sama sekali tidak.”
“Hubungan saya dengan [pengarah Dortmund] Michael Zorc, Aki Watzke dan Sebastian Kehl sama baiknya seperti sebelum ini.”
“Zorc telah menyatakan dengan jelas bahawa Dortmund tidak mahu menjual Erling pada musim panas ini. Saya menghormati pendapatnya, yang tidak secara automatik bermaksud saya berkongsi dengan anda semua. BVB memberikan pandangan mereka sangat jelas. Segalanya baik baik sahaja antara kami.”
Mungkin BvB harus berusaha keras meyakinkan Haaland untuk melanjutkan kontraknya. Kerana, kontrak semasa, jika Haaland tidak dijual tahun ini, beliau akan memasuki tahun kontrak – 2022 – di mana klausa pelepasa EUR75 juta akan aktif.
Baca juga artikel
West Ham Elak Dibuli Manchester United Dalam Situasi Lingard Dan Rice
EPL: Rembatan Arnold Lengkapkan Kebangkitan Liverpool, Tamatkan Badi Anfield