Trent Alexander-Arnold menjaringkan gol kemenangan yang melengkapkan kebangkitan Liverpool selepas ketinggalan awal di Anfield.
Gol tersebut juga menamatkan rekod kekalahan 6 perlawanan berturut turut Liverpool di Anfield dalam saingan liga.
Ollie Watkins – yang menjaringkan hatrik dalam kemenangan Villa 7-2 dalam perlawanan sebelum ini – meletakkan pelawat di hadapan menerusi rembatan leret yang gagal diselamatkan Alisson.
Liverpool dinafikan gol penyamaan mereka selepa Diogo Jota ofsaid – menurut VAR – ketika binaan gol Firmino.
Selepas berhempas pulas, Liverpool akhirnya menyamakan kedudukan menerusi Mohamed Salah yang melakukan susulan, selepas rembatan deras Robertson ditepis Martinez dan terus tepat singgah di hadapan Salah.
Itu adalah gol pertama Liverpool daripada permainan terbuka di Anfield sejak 27 Disember – dengan kemarau 12 jam 44 minit – setelah 132 percubaan – sejak gol Sadio Mane menentang West Brom.
Villa hampir di hadapan sekali lagi. Selepas percubaan Trezeguet terkena tiang dan usaha rakannya menanduk ke gawang terbuka, namun gagal.
Tetapi The Reds akhirnya di hadapan menerusi rembatan deras Trent Alexander-Arnold yang melencong mengatasi Martinez – selepas penjaga gol itu melakukan point blank save menafikan percubaan Thiago Alcantara.
https://twitter.com/i/status/1380911964176719873
Liverpool akhirnya menang 2-1. Dan terus menghimpit perebutan 4 teratas pada musim ini.
Baca juga artikel lain:
EPL: Leeds Menang Dengan 10 Pemain Dan Cuma 2 Percubaan Sahaja
Selepas Mbappe, Neymar Pula Tangguh Tandatangan Kontrak Baharu Di PSG Kerana Messi