Stuart Dallas menjaringkan gol kemenangan pada waktu kecederaan ketika Leeds United beraksi 10 pemain sepanjang separuh masa kedua – mengalahkan pendahulu Manchester City di Etihad Stadium.
Dallas menjaringkan gol pada minit ke-90+1. Beliau juga merupakan penjaring gol pembukaan perlawanan.
Leeds terpaksa berhempas pulas bermain dengan 10 pemain selepas Liam Cooper mengasari Gabriel Jesus pada masa kecederaan separuh masa pertama.
Manchester City dijangka mendominasi dan menambah lebih banyak gol pada separuh masa kedua. Tetapi mereka terpaksa menunggu sehingga minit ke-76 untuk menyamakan kedudukan, menerusi Ferran Torres.
Ini adalah gol pertama Torres sejak Disember tahun lalu.
Namun, City ternyata melengkapkan comeback, sebaliknya Leeds yang muncul sebagai pemenang.
Berpunca daripada Ezgjan Alioski beliau merencana gol kepada Dallas yang tenang menewaskan Ederson.
⭐️ Stuart Dallas the star ⭐️#MCILEE pic.twitter.com/d7o3uwGRNE
— Premier League (@premierleague) April 10, 2021
Kekalahan ini pasti sukar diterima City kerana lawan mereka cuma melakukan 2 percubaan gol. Kedua duanya tepat, dan kedua duanya masuk. City pula melakukan 29 percubaan dengan 7 percubaan tepat, hanya 1 masuk.
Leeds United have had two shots throughout the game against Manchester City.
They've scored with both of them. pic.twitter.com/OrD5g9fhTS
— Squawka (@Squawka) April 10, 2021
Ianya dianggap sebagai kemenangan terbaik Leeds sejak kembali ke liga teratas. United berpeluang merapatkan jurang mata menjadi 8 mata jika mereka memenangi dua baki perlawanan yang mereka masih kurang berbanding dengan City – menentang Spurs dan Burnley.
City kini memerlukan 11 mata lagi untuk mengesahkan status mereka sebagai juara Liga Perdana Inggeris musim ini.
Baca juga artikel:
Realiti Bola Sepak Malaysia Daripada Situasi Perak Dan Sabah, Mana ECP?