Kylian Mbappe menjaringkan dua gol ketika Paris Saint-Germain menang ke atas juara bertahan Liga Juara-Juara Bayern Munich Eropah dalam pusingan pertama suku akhir.
Bintang Brazil, Neymar turut mencetak catatan cemerlang dalam aksi awal pagi tadi waktu Malaysia dengan mencatatkan dua assist.
Gandingan kedua dua pemain ini sangat sukar dibendung oleh Bayern Munich.
Mbappe menjaringkan gol ke-31 beliau musim ini dalam semua pertandingan ketika meletakkan PSG di hadapan seawal minit ke-3. Ianya berpunca daripada perancangan oleh Neymar yang bijak.
Neymar menggerakkan bola dan kemudian melakukan acahan, lalu menolak bola kepada Kylian Mbappe. Neuer agak mengejutkan ramai pihak apabila gagal menghadang bola itu lebih baik.
Marquinhos kemudian menjadikan kedudukan 2-0 memihak PSG dengan gil cantik, juga sekali lagi Neymar menjadi pembekal assist. Kali ini Neymar melakukan wonder assist.
https://twitter.com/jstnfc/status/1379914833504665604?s=19
Bekas pemain PSG, Eric Choupo-Moting merapatkan jurang gol sebelum tamat separuh masa pertama.
Bersambung aksi selepas rehat, giliran Thomas Muller menyamakan kedudukan pada minit ke-60 hasil umpanan oleh Joshua Kimmich.
Namun Mbappe memastikan PSG pulang dengan kemenangan 3-2 apabila beliau menjaringkan gol kedua peribadinya pada minit ke-68. Kali ini Mbappe menyempurnakan hantaran oleh Angel Di Maria.
Dengan membawa pulang gol dari tempat lawan dan kelebihan 1 gol agregat, PSG boleh dikatakan sudah melaksanakan tugas mereka dengan cemerlang.
Namun Bayern pastinya tidak akan memberikan mereka laluan mudah. Kualiti Bayern sangat baik untuk mendapatkan dua gol dari kandang PSG selepas ini.
Baca juga artikeel lain
RASMI: De Bruyne Kekal Di City 4 Tahun Lagi, Rundingan Tanpa Melalui Ejen
Ole Tidak Ada Ramuan Rahsia Untuk Kebangkitan Separuh Masa Kedua