Lionel Messi terus gagal menjaringkan gol ketika Paris Saint-Germain bertemu Olympique Lyon dalam aksi Ligue 1 di Parc Des Princes.

Messi turun pertama kalinya di dalam aksi di Parc Des Princes sejak menyertai pasukan tersebut pada awal musim ini.

Messi diletakkan dalam kesebelasan utama. Dalam dua perlawanan sebelum ini Messi gagal untuk menjaringkan sebarang gol.

Dan dalam aksi berdepan Lyon, Messi terus kempunan untuk mendapatkan gol sulung beliau bersama dengan kelab barunya.

PSG kelihatan bergelut sepanjang separuh masa pertama. Messi berpeluang menjaringkan gol tetapi sepakan percumanya sekadr singgah di palang gol.

Pada separuh masa kedua, Lyon terlebih dahulu di hadapan menerusi Lucas Paqueta yang berjaya menggunakan menyempurnakan hantaran Karl Toko Ekambi.

PSG akhirnya mendapat peluang untuk menyamakan kedudukan menerusi penalti kontroversi yang diberikan kepada mereka. Neymar memenangi penalti itu selepas dikasari Denayer walaupun ulangtayang menunjukkan Neymar terlebih dahulu mengasari pemain Lyon itu.

Adakah Neymar akan memberikan penalti itu kepada Messi? Tidak ssama sekali kerana Neymar sendiri yang mahu mengambilnya.

Neymar menyempurnakan penalti pada minit ke-63 itu untuk menymakan kedudukan.

Ketika perlawanan berbaki 15 minit sahaja lagi, Mauricio Pochettino memutuskan untuk mengeluarkan Lionel Messi dan memasukkan Achraf Hakimi.

Berlaku drama ketika pemain itu dikeluarkan. Di mana Messi menunjukkan reaksi tidak gembira dan mengabaikan pengurusnya ketika melintasinya.

https://twitter.com/PurelyFootball/status/1439706916100448265?s=19

Messi jelas sekali masih mahu meneruskan aksi namun Pochettino mahu menstabilkan lagi pasukan di dalam usaha mereka mencari gol kemenangan.

Pada masa kecederaan, PSG akhirnya mendapat gol kemenangan menerusi jaringan oleh seorang lagi penyerang Argentina, Mauro Icardi. Tamat perlawanan, PSG menang 2-1 ke atas Lyon.

Baca juga artikel

EPL: De Gea Dan Lingard Wira Kebangkitan United Dalam Kemenangan Dramatik

Guardiola Bengang Dengan Soalan Pasal Kehadiran Penyokong & Rasa Bersalah Sebab Aksi Hambar

EPL: Liverpool Menang, Salah Dan Mane Cetak Gol Seabad