Liverpool melayan kunjungan Crystal Palace di Anfield untuk aksi kelima Liga Perdana Inggeris mereka musim ini.

Klopp merehatkan Joel Matip untuk memberikan debut kepada Ibrahima Konate. Seterusnya Trent Alexander Arnold pula terpaksa disisihkan kerana mengalami sakit.

Palace memberikan amaran awal dengan peluang pada minit kedua. Mujur Alison berjaya menafikan percubaan Wilfried Zaha.

Skuad Jurgen Klopp kemudian beraksi dengan garang. Melancarkan serangan demi serangan. Sehingga pada satu ketika mereka menguasai 92% perlawanan.

Pada minit ke-16, Kostas Tsimikas melorongkan bola cantik kepada Sadio Mane. Malangnya pemain antarabangsa Senegal itu gagal melakukan penyudah lebih baik.

Pada minit ke-31, Liverpool melakukan beberapa siri percubaan namun Guaita dan rakan rakannya berjaya menafikannya.

Henderson melakukan percubaan deras dari tepi tetapi masih gagal menembusi gawang lawan.

Sadio Mane kemudian cuba melakukan percubaan dari jarak jauh ketika melihat Guaita agak ke depan. Namun percubaannya terus ke arah penjaga gol Palace itu.

Tidak lama selepas itu Diogo Jota memiliki peluang terhidang, tetapi dia melakukan percubaan sentuhan pertama yang liar walaupun sangat dekat dengan gawang.

Ketika perlawanan seolah olah berkesudahan tanpa jaringan pada separuh masa pertama, Sadio Mane akhirnya merembat masuk bola pada minit ke-43.

Bermula daripada hantaran Tsimikas, Mo Salah menanduk bola yang diselamatkan Guaita. Tetapi Mane berada di tempat dan masa yang tepat untuk merembat masuk.

Itu adalah gol ke-100 Mane untuk Liverpool dalam semua pertandingan. Crystal Palace terus menjadi mangsa utamanya. 9 perlawanan berturut-turut beliau menembusi Palace dengan 10 gol.

Separuh masa pertama berakhir dengan 1-0 memihak tuan rumah. Palace memiliki peluang terbaik dengan percubaan Zaha diselamatkan Alison serta tandukan Benteke terkena palang.

Bersambung babak kedua, Crystal Palace bermula dengan baik. Mereka melakukan ancaman awal, dan memaksa Alison melakukan save.

Liverpool kemudian berdepan dengan sepakan percuma luar kotak penalti oleh Palace. Jarak yang sangat bahaya, benar benar di luar garisan. Namun percubaan Ayew agak menghampakan.

Pada minit ke-64, Tsimikas mencipta peluang menerusi sepakan percuma, tetapi Van Dijk gagal menyempurnakannya dengan tandukan.

Patrick Vieira kemudian memasukkan Odsone Edouard yang menjadi supersub sebelum ini menjaringkan 2 gol selepas dimasukkan.

Minit ke-68, Guaita melakukan saves berganda menafikan percubaan Naby Keita dan Mohamed Salah.

Empat minit kemudian Palace melancarkan serangan balas namun Ayew dengan tamak tidak menghantar kelada Edouard.

Liverpool kemudian cemas sekali lagi apabila Edouard menerima bola di dalam kota penalti. Tetapi Alisson sekali lagi menafikan peluang keemasan itu. Edouard mungkin patut merembat terus bola.

Pada minit ke-78 akhirnya Mohamed Salah menjarakkan Liverpool dengan dua gol di hadapan.

Ianya gol liga ke-100 Salah di pentas Liga Perdana Inggeris.

Alisson kemudian melakukan satu lagi save menafikan percubaan depan gol Edouard.

Pada minit akhir perlawanan Naby Keita memastikan Liverpool menang bergaya 3-0.

Tamat perlawanan, Liverpool menang 3-0 dan berjaya memastikan 3 mata daripada perlawanan yang agak sukar terutama sekali separuh masa kedua.


Baca juga artikel

Guardiola Tak Faham Kenapa Peminat City Marah Kenyataannya Suruh Datang Stadium

Newcastle Sangat Toksik Selepas Kekalahan Di Tangan Man United

Ole Tak Puas Hati Pengadil Tak Beri Penalti Dan Jelaskan Pertukaran Lingard-Ronaldo