Kevin Parker, setiausaha umum kelab penyokong Manchester City mewakili suara peminat Man City meminta Pep Guardiola berhati hati dalam memberikan komennya.
Guardiola memberikan komen yang dianggap mengguris perasaan penyokong Man City. Di mana pengurus dari Sepanyol itu meminta peminat Man City turun lebih ramai ke stadium.
Guardiola kecewa dengan Etihad yang banyak tempat duduk kosong ketika kemenangan 6-3 City menentang RB Leipzig. Dalam aksi tersebut, hampir hanya 38,062 peminat yang hadir memberikan sokongan.
Guardiola mahu lebih ramai penyokong City hadir dalam aksi EPL menentang Southampton pada Sabtu bagi memeunhi kapasiti Etihad yang kira kira 54,000 tempat duduk.
Guardiola mengatakan pada hari Rabu: “Saya ingin lebih banyak orang datang pada pertandingan berikutnya pada hari Sabtu.”
“Kami memerlukan peminat kami pada Sabtu depan. Kerana kita akan letih; Saya tahu pasukan dari Ralph [Hasenhüttl] agak mirip dengan Leipzig dengan cara mereka bermain.’
“Merekasangat berbahaya dengan kualiti yang baik dan ia adalah permainan yang sangat penting bagi kami, jadi saya mengajak semua orang kami untuk datang pada hari Sabtu depan jam 3 petang untuk menyaksikan perlawanan.”
"I'd like more people to come on Saturday, we need the people."
"I invite all our people to come Saturday, 3 pm, to watch the game."
A rallying cry from Pep Guardiola… pic.twitter.com/TJFd2zDHN4
— Football on TNT Sports (@footballontnt) September 16, 2021
Komen Guardiola itu membuatkan ramai peminat di media sosial mulai menggunakan lawak Emptyhad kepada Man City. Satu banter yang merujuk kepada pasukan City yang seolah olah tidak ada penyokong.
Perkara itu diambil serius oleh Parker, yang memberitahu pengurus City untuk menumpukan perhatian pada latihan berbanding komen yang mengundang kemarahan peminat.
Guardiola dimaklumkan tentang kenyataan rasmi daripada setiausaha umum penyokong Man City itu dan beliau tidak tahu di mana silapnya kenyataan beliau.
Guardiola lebih terkejut apabila diminta untuk memohon maaf.
Manchester City fans have told manager Pep Guardiola to stick to coaching after being "disappointed" by his plea for more supporters to attend home games 🔵
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) September 17, 2021
Dalam sidang media pada Jumaat, Guardiola berkata:
“Adakah saya telah membuatkan mereka [penyokong] kecewa hanya kerana mahu peminat hadir ke stadium lebih ramai.”
“Tafsiran orang tetap akan tafsiran mereka. Saya tidak akan meminta maaf atas apa yang saya katakan. Saya terkejut dengan apa yang berlaku dengan dia ini.”
“Ini bukan kali pertama dalam karier saya mengatakannya; perkara yang sama [ketika bertugas] di Barcelona dan Bayern Munich.”
“Anda bermain permainan Liga Juara-Juara yang sukar, mengetahui bahawa anda mempunyai satu lagi dalam tiga hari dan mengetahui bahawa Southampton mempunyai masa seminggu untuk bersiap.”
“Saya mahu penyokong untuk melakukan sesuatu bersama-sama sekali lagi pada hari Sabtu jam 3 petang ini.”
“Apa yang saya katakan adalah bahawa kita akan rasa disayangi dan memerlukan sokongan mereka. Sama ada 10,000 orang, 50,000 atau 40,000 – tidak kira berapa yang datang – saya menjemput mereka untuk datang dan menikmati permainan kami.”
“Selepas lima musim [di sini], jika orang tidak dapat memahami tingkah laku saya, itu kerana mereka ingin salah faham dengan apa yang saya katakan. Saya tidak akan meminta maaf hanya kerana saya jujur.”
“Saya lebih suka bersama orang saya berbanding tanpa mereka. Tetapi jika mereka tidak datang dengan alasan apa pun maka itu tiada masalah.”
“Sekiranya anda hadir, ia akan menjadi satu keseronokan. Oleh itu, Mr Parker harus mengkaji komen yang dibuat sehari selepas itu.”
“Saya tidak akan meminta maaf kepadanya, sama sekali tidak.”
“Kami adalah siapa kami. Saya tahu sejarah, saya belajar mengenai sejarah. Kelab ini [ketika berada] di divisyen bawahan, apa maksudnya mengikuti pasukan ini.”
“Saya bukannya mahu kelab ini menjadi seperti [Manchester] United, Liverpool, Barcelona, ​​Bayern Munich, [Real] Madrid – seperti semua kelab besar. Jangan paksa kata-kata masuk ke dalam mulut saya, saya tidak menyukainya.”
“Sekiranya saya mempunyai masalah dengan peminat saya akan mengalah. Ia bukan masalah bagi saya. Saya adalah salah seorang daripada mereka.”
“Ia sukar untuk menentang Leipzig. Kami keletihan – saya melihatnya di bilik persalinan. Pada masa itu saya memikirkan Southampton dalam tiga hari. ”
Sebagai rekod ini bukanlah pertama kali Guardiola meminta peminat Man City datang membanjiri stadium.