Pep Guardiola menyatakan dia tak termakan langsung dengan kata kata Jurgen Klopp beberapa hari lalu yang menyatakan bahawa Liverpool sudah menyerah kalah dalam usaha untuk mengejar Manchester City dalam kejuara liga.
Klopp menegaskan bahawa, Man City terlalu jauh untuk dikejar dan fokus Liverpool adalah menamatkan musim di kalangan 4 teratas dan cuba memenangi seberapa banyak perlawanan yang mungkin.
Namun Pep Guardiola tidak percayakan apa yang dikatakan Klopp. Kerana dia yakin Klopp dan Liverpool akan sedaya upaya cuba menyusahkan mereka dalam usaha untuk menjuarai kejuaraan musim ini.
Manchester City kini 9 mata di atas Liverpool. Namun Liverpool boleh merapatkan jurang mata kepada enam mata jika mereka menang dalam aksi 23 Februari ini, di mana aksi itu merupakan baki perlawanan dalam tangan Liverpool sebelum ini.
Seterusnya Liverpool masih boleh merapatkan jurang mata lagi kerana masih ada kunjungan ke Etihad pada April. Dan Pep Guardiola memberikan amaran kepada para pemainnya, bahawa mereka perlu bermain hampir sempurna dalam baki kempen untuk menjuarai liga musim ini.
Ramai pundit sudah menolak kemungkinan untuk melihat Liverpool atau Chelsea akan dapat mengejar City lagi. Ini selepas Man City mencatatkan rekod 12 kemenangan berturut-turut sebelum ini.
Liverpool pula memang kesemua 3 perlawanan terakhir mereka walaupun tanpa Mohamed Salah dan Sadio Mane yang beraksi di Piala AFCON 2021. Namun Jurgen Klopp tidak mahu terlalu teruja dengan prestasi pasukannya.
Selepas kemenangan ke atas Leicester, Klopp berkata: “Saya tak pasti kalau kami dalam kedudukan boleh mengejar mereka. Kami dah tak ada peluang lagi untuk mengejar mereka, tetapi itu bukan bermakna kita tak perlu mencuba untuk bermain yang sebaik mungkin.”
Ditanya tentang apa pandangannya tentang kenyataan Klopp itu, Guardiola berkata: “Saya tak percayakan dia.”
“Memang tak mustahil dan dia pun fikir benda yang sama, kalau tak, mustahil selama ini dia menjadi seorang pesaing.”
“Dah tentunya dia percaya [mereka masih boleh mengejar]. Dalam bola sepak, apa sahaja boleh berlaku. Dia tahu dia perlu memenangi banyak perlawanan, macam yang kami tahu yang kami pun harus menang banyak perlawanan untuk merebut kejuaraan sekali lagi.”
Guardiola malah menyatakan Liverpool ada kemampuan untuk menang kesemua baki 15 perlawanan mereka sekalipun.
Jurgen Klopp on Liverpool's title chances on Thursday: "We have no chance to catch Manchester City…"
Pep Guardiola on Friday: pic.twitter.com/YwiyA8WgoO
— GOAL (@goal) February 11, 2022
“Kedua dua pasukan telah menunjukkan dalam beberapa tahun ini yang mereka mampu melakukan rekod kemenangan berurut turut yang luar biasa.”
“Jika satu pasukan boleh, satu lagi pun boleh buat.”