Bekas pengurus Bayern Munich menyatakan Pep Guardiola bukanlah pengurus dan tactician yang hebat sangat.
Beliau kemudian menegaskan kejayaan Barcelona menjuarai UCL sebelum ini pada era Guardiola adalah kerana Lionel Messi dan bukannya kerana kegeniusan Guardiola.
Barcelona memenangi treble pada 2008/09 pada musim pertama Pep Guardiola mengambil alih jawatan pasukan.
Mereka kemudian menguasai Eropah sekali lagi dengan menewaskan Man United dalam final, untuk menandakan era terbaik dalam sejarah kelab mereka.
Guardiola membantu Barcelona memenangi sextuple dalam setahun. Dan meninggalkan kelab itu pada 2012 selepas memenangi 14 trofi major. Namun sejak Guardiola pergi Barcelona — beliau masih gagal untuk memenangi sebarang UCL lagi bersama kelab lain.
Guardiola memenangi Bundesliga dengan Bayern Munich, namun tewas dalam 3 separuh akhir secara berturut turut di tangan Real Madrid, Barca dan Atletico Madrid.
Guardiola ke Man City, juga memenangi kesemua piala domestik, namun masih gagal memberikan UCL kepada kelab tersebut.
Magath tidak melihat sistem permainan Guardiola sebagai punca kejayaan gemilangnya di Barcelona. Tetapi lebih kepada kerana adanya Lionel Messi yang boleh menentukan kemenangan dalam ada sahaja keadaan ikut sesuka hatinya.
“Bagi saya, Messi yang memberikan Barcelona kejuaraan [UCL] bukannya Pep Guardiola,” kata Magath kepada BILD.
“Tanpa Messi sistem permainan beliau tidak akan menjadi, kalau tidak, dia [Pep Guardiola] sudah menang UCL bersama dengan Bayern atau Manchester City sebelum ini.”
“Tiki taka hanya berfungsi apabila kamu ada pemain yang memiliki keupayaan individu yang luar biasa ke atas lawan mereka.”
“Bagi penonton, ianya permainan yang membosankan kerana hanya memegang bola dengan banyak. Pasukan besar tidak perlukan permainan begitu.”
“Pada pandangan saya, Guardiola secara umumnya terlalu banyak kalah kerana kerapkali membuat keputusan silap dalam taktikal, dan ianya menghalang dia untuk berjaya.”
Pep Guardiola is not a special manager without Lionel Messi…
True? 👀 pic.twitter.com/KLl4rRR7yS
— GOAL (@goal) October 12, 2020
Seterusnya Magath turut menganggap Jurgen Klopp pun tidak terlalu bagus dalam taktikalnya. Kerana menurutnya, Klopp hanya bernasib baik kerana berjaya mendapatkan pemain yang bagus untuk diserap ke dalam pasukannya.
“Klopp berjaya dalam taktikalnya bukanlah sebab dia bagus dalam taktikal. Tetapi kerana kemampuan dia memilih pemain yang tepat untuk bermain.”
“Jika Liverpool gagal membawa Alisson dan Virgil van Dijk, maka sistem beliau tak akan berjaya juga.”
“Dulu saya panggil sistem dia adalah counter-play, hari ini ianya dipanggil gegenpressing.”
Magath turut mempersoalkan pengaruh Tuchel di PSG. Kerana menurut beliau Thomas Tuchel ibarat boneka sahaja di PSG tanpa mampu membuat keputusan akhir dalam beberapa perkara.
Beliau juga menganggap kejayaan PSG pada hari ini lebih kerana pemain bintang mereka yang menentukan sendiri cara mereka bermain.
“Saya sebenarnya risau di PSG, jurulatih bukan penentu keputusan akhir. Sesiapa sahaja yang menguruskan pasukan yang sarat dengan bintang ini, saya rasa mereka tidak ada pengaruh yang kuat sangat dalam pasukan.”
Magath attackiert Guardiola scharf. #ManCity #PremierLeague #Magath #Guardiola https://t.co/TSLx1YDHmS
— SPORT1 (@SPORT1) October 12, 2020
“Para pemain ini melakukan tugas mereka sendiri dalam kumpulan mereka.”
Pasukan Eropah terakhir diuruskan Felix Magath adalah Fulham. Di mana dia dipecat selepas hanya mencatatkan purata 0.8 mata per perlawanan daripada 20 perlawanan pertama.
Magath hanya bertahan 7 bulan. Selepas itu beliau mengendalikan kelab China, Shandong Luneng Taishan. Dan hari ini Magat bekerja sebagai Global Sports Director di Würzburger Kickers.
Baca juga perkembangan lain
Rashford Ledak Gol Pada Hari Pertama Bermain Dengan Darjah Kebesaran MBE
Bruno Fernandes Mengamuk Di Bilik Persalinan Dan Kritik Taktikal Solskjaer