Pengurus Liverpool FC, Jurgen Klopp telah dinobatkan sebagai pengurus Liga Perdana Barclays musim ini dan memenangi trofi Sir Alex Ferguson untuk pengurus LMA 2022.

Liverpool bersaing sehingga ke hari terakhir dalam persaingan EPL, dengan mengumpul 92 mata dan menamatkan saingan di tempat kedua di belakang juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City.

Klopp menganggap ianya satu penghormatan yang besar ke atasnya.

Klopp berkata: “Ia adalah satu penghormatan yang besar dan ia adalah musim yang gila. Hari perlawanan terakhir, kami semua bermain dengan memberikan segala-galanya.”

“Ianya agak mencemaskan, ia bukan keputusan terbaik untuk kami, tetapi kami sudah mengatasinya.”

“Dan apabila anda memenangi anugerah seperti ini, sama ada anda seorang genius, atau anda mempunyai kakitangan kejurulatihan terbaik di dunia – saya Saya di sini bersama empat kakitangan kejurulatihan saya, dan mereka tahu betapa saya menghargai mereka.”

Klopp juga mengumpul Trofi Sir Alex Ferguson, yang diundi oleh keahlian penuh pengurus di semua bahagian liga bola sepak Inggeris.

Sir Alex Ferguson sendiri mengumumkan pemenang, dia berkata: “Ini adalah penderitaan, ia adalah penderitaan yang mutlak…Jurgen Klopp,” kata Sir Alex berseloroh kerana dia sekali lagi terpaksa memberikan anugerah itu kepada pengurus Liverpool itu.

Kemudian Ferguson mendedahkan bahawa 12 tahun lalu, dalam pertemuan pertama mereka, dia menasihati Klopp untuk memilih kelab yang ada sejarah yang hebat.

Sir Alex secara berjenaka berkata: “Saya sepatutnya menasihati dia Scunthorpe United.”

Ini kerana Klopp benar benar pergi ke kelab yang sarat dengan sejarahnya, iaitu Liverpool. Sebagai tambahan, Sir Alex Ferguson pernah mencadangkan nama Jurgen Klopp untuk dilamar Manchester United. Namun Man United dilaporkan tidak cukup meyakinkan Klopp.

Ed Woodward ketika itu tidak menunjukkan minat yang benar benar mendalam ke atas Klopp.

Klopp menewaskan pesaing pesaingnya yang lain termasuk Eddie Howe, Patrick Vieira, Pep Guardiola dan Thomas Frank.

Pengurus Liverpool itu menambah: “Ini diundi oleh rakan sekerja saya, dan jelaslah ia merupakan hadiah paling penting yang boleh anda perolehi.”

“Saya tidak percaya dengan hadiah individu dalam bola sepak secara amnya, ia adalah sukan berpasukan dan saya tidak akan menjadi apa-apa tanpa budak-budak [pemain pemain] ini di sana. Ini semua tentang apa yang boleh kita lakukan bersama dan apa yang kita lakukan bersama.”

Anak buah Klopp masih boleh meraih treble piala jika mereka menewaskan Real Madrid di Paris pada hari Sabtu dan menambah Liga Juara-Juara kepada kejayaan Piala FA dan Piala Liga musim ini.