Liverpool menewaskan Manchester United dengan perubahan taktikal dan solusi Jurgen Klopp yang sangat baik pada separuh masa kedua.
Baca Juga:
- Barcelona vs Valencia: Barca Kini 9 Mata Di Atas Real Madrid
- Liverpool vs Manchester United: The Reds Bantai Setan Merah 7-0
- Selangor vs Sri Pahang: Brendan Gan Selamatkan Gergasi Merah Untuk Raih Satu Mata
Liverpool menjaringkan 1 gol separuh masa pertama dan 6 lagi gol pada separuh masa kedua untuk menang 7-0.
Masalah yang sama
Liverpool dan Manchester United memiliki masalah yang sama iaitu ancaman daripada bek sisi mereka.
Walaupun Liverpool menghadirkan ancaman lebih kuat dengan kedua dua sisi, Trent dan Robertson – namun ancaman United yang lebih berpaksi pada Shaw juga cukup bagus untuk memberikan ancaman.
Sejak dari awal lagi Liverpool memberikan ancaman dengan bek sisi mereka. Dengan Man United seringkali bermasalah untuk mematikan ancaman tersebut lebib awal.
Robertson dan Trent Alexander Arnold merupakan 2 pemain Liverpool paling banyak sentuhan di atas padang.
Sementara itu, United pada separuh masa pertama, lebih banyak percubaan tepat, dengan ancaman mereka hadirkan dengan sistem daripada Luke Shaw.
Liverpool berdepan kesukaran mematikan ancaman Shaw kerana Ten Hag memiliki sistem yang jelas dia sentiasa mahu ‘overload’ Trent Alexander Arnold.
Di mana Bruno Fernandes yang bermain di sayap kiri sentiasa cuba menyusahkan Trent dengan situasi 2 v 1.
Luke Shaw menjadi pemain yang sangat bagus untuk United dalam membekalkan hantaran bahaya sejak beberapa musim ini.
Ini hantaran awal di buat Shaw ke atas dengan disambut baik oleh Rashford namun tampanannya lemah terus ke Alisson.
Kenapa disebut masalah yang sama dihadapi kedua dua pasukan? Kerana ianya bermula daripada high pressing oleh United dan Liverpool.
Setiap kali mereka melakukan high pressing, setiap kali itu mereka dimanipulasi dengan sistem fullback lawan mereka akan mendapat ruang untuk menerikan dan progres bola.
Walaupun Liverpool bergelut mendapatkan percubaan tepat, namun percubaan tepat pertama mereka berubah menjadi gol. Dan satu lagi contoh di mana organisasi United dipecahkan ketika mereka melakukan pressing ke atas.
Robertson yang melihat larian awal Gakpo telah menghantar ke blind spot Fred.
Fred yang cuba melindungi kedudukan Dalot yang sudah naik ke atas, tidak begitu bagus untuk bermain di bek sisi dalam situasi itu.
Lihat di sini, berdasarkan asas bola sepak, ketika bertahan:
Fullback vs winger: Dalot vs Gakpo
Winger vs fullback: Antony vs Robertson
Apabila Dalot memutuskan dia akan menekan sendiri Roberston lebih awal, maka Antony seharusnya mengawasi Gakpo. Tetapi Antony juga berada dalam kedudukan sangat tinggi.
United masih ada harapan mematikan gol ini jika mereka selari di garisan pertahanan akhir, Gakpo boleh ofsaid, tetapi Shaw yang membuatkan Gakpo kekal onside. Dan ini berlaku:
Fred mengesan ancaman ini akan memberikan mereka masalah, sebab itu dia cuba berada di zon Dalot. Robertson yang awalnya kelihatan akan menukar arah bola ke kanan memutuskan melakukan hantaran Vertikal kerana ruang yang ada di belakang Fred. Ianya adalah quick thinking kata orang putih.
Perubahan taktikal dan solusi Klopp
Apabila mereka memiliki masalah yang sama, Jurgen Klopp memiliki solusi berbeza pada separuh masa kedua.
Di mana dia telah menggerakkan Harvey Elliot dan Gakpo menjadi lebih dinamik.
2 pemain ini akan melakukan kerja kerja high pressing dan juga mencipta ruang apabila pasukan dalam fasa binaan serangan.
Ini akan membantu mengurangkan impak overload di kawasan Trent Alexander Arnold ataupun Robertson. Sebenarnya, fokus lebih kepada kawasan Trent.
Ini contoh di sebelah Trent. Pada separuh masa kedua, Elliot menjadi penekan utama kepada Martinez berbanding dengan Salah sebelum ini.
Ianya membolehkan Salah fokus kepada Luke Shaw dan kemudian Trent akan fokus kepada Bruno Fernandes.
Bukan sahaja menekan Martinez, Elliot turut menekan Casemiro dan Shaw sekali apabila United cuba menukar arah bola.
Berbeza dengan Liverpool yang boleh mendapatkan impak yang setara antara Robertson dan Trent, Man United benar benar lebih bergantung kepada Shaw berbanding dengan Dalot untuk mencipta ancaman dan peluang gol.
Apabila mereka menyediakan strategi mematikan Shaw, organisasi serangan United lumpuh.
United pula gagal menyediakan pelan taktikal lebih baik separuh masa kedua. Kemalasan Antony dan sikap tidak komited Bruno Fernandes – yang dikritik Keane sebagai malas turun bertahan membolehkan Liverpool mendapat banyak peluang ketika menyerang.
https://twitter.com/AnfieldEdition/status/1632696585288134656
Fluiditi serangan Liverpool pada separuh masa kedua lebih baik. Sementara Erik Ten Hag kekal dengan taktikal meletakkan Rashford lebih statik di atas kerana menunggu untuk serangan balas.
Mereka menjadikan Weghorst sebagai no.10 dan pemain itu bergelut dengan kepantasan Liverpool.
Penyudah segera
Satu perkara yang turut membezakan Liverpool dan Man United adalah tindakan segera pemain mereka ketika dalam kotak penalti.
Ini adalah situasi di mana Gakpo membuat cut inside dan terus merembat pada masa yang tepat. Jika dia terlambat sedikit, Casemiro akan berupaya menututpnya.
Klopp tahu Man United tidak akan memberikan mereka ruang yang banyak jadi dia perlu mencari soluis. Tetapi sebenarnya separuh masa kedua sangat banyak ruang diberikan.
Mohamed Salah, Gakpo dan Nunez lebih decisive ataupun tak teragak agak dengan tindakan mereka.
Berbanding dengan pemain United termasuk Rashford dan juga Bruno Fernandes.
Rumusan
Erik Ten Hag menyatakan bahawa pemainnya bermain tidak pakai otak dalam perlawanan ini. Hilang disiplin taktikal dan bermain ikut perasaan sendiri.
Ten Hag menegaskan dia sudah memberitahu pemain segala maklumat yang perlu diberitahu. Namun dia bingung bagaimana cara pemain menterjemahkannya.
Erik ten Hag: “You can lose a game but not in this way. Also, the second half is… unprofessional that is not Manchester United”. 🔴 #MUFC
“It can't happen, we have to talk about it. I saw 11 individuals losing their heads. This was not Manchester United”. pic.twitter.com/80j2n3n18F
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) March 5, 2023
Ini antara detik di mana disiplin taktikal terbukti bermasalah. Lisandro Martinez cuba mematikan ancaman dengan berlari ke arah Salah di wide area. Sedangkan dia seharusnya fokus kepada kompak di tengah.
Menyedari dia sudah melakukan kesilapan dia segera untuk kembali ke tengah namun nasi menjadi bubur.
Mo Salah owns Lisandro Martinez. 😂😂😂 pic.twitter.com/KAXaPkgn0g
— josiasprod (@Roijosiastex) March 5, 2023
Dalam bola sepak, recovery run biasanya dilakukan oleh bek tengah dengan fokus kepada bahagian tengah pertahanan dan membiarkan pemain atau cuba melengahkan pemain sayap masuk segera. Jadi mereka tak akan menyerang ke tepi dalam situasi ini.
Ini adalah contoh klasik recovery run dilakukan oleh Rojo yang berlari pada garis tengah. Situasi berbeza namun prinsipnya sama.
Jadi solusi Jurgen Klopp pada separuh masa kedua membuatkan mereka mendapat kemenangan bersejarah yang akan dikenang selamanya ini.