Bruno Fernandes benar-benar kecewa dengan prestasi Manchester United ketika Tottenham Hotspur 1-6 tenggelam. Fernandes tidak dapat menahan kemarahannya di bilik persalinan.

Dalam perlawanan itu, Fernandes memberikan Manchester United gol pendahuluan dengan sepakan penalti.

Namun, Setan Merah kemudian ketinggalan 1-4 kepada Spurs pada akhir babak pertama plus bermain dengan 10 pemain sahaja berikutan kad merah yang diterima oleh Anthony Martial.

Walaupun berjaya membolosi gawang Spurs, pemain tengah Portugal itu mengalami kesulitan sehingga dia terpaksa digantikan dengan Fred pada waktu rehat.

Selepas itu Fernandes sangat marah dengan keadaan di dalam pasukannya.

Laporan Mirror mengatakan bahawa Fernandes masuk ke terowong pemain dan kemudian mengamuk di bilik persalinan pasukan.

Staf jawatankuasa penganjur mendengar pemain bola sepak berusia 26 tahun itu berteriak: “Kita seharusnya Manchester United!”

Salah seorang pegawai menjelaskan kejadian itu dengan lebih terperinci. Tidak hanya kesal dengan rakan sepasukannya tetapi Bruno Fernandes juga mempersoalkan taktik pengurus Ole Gunnar Solskjaer.

“Kamu tidak dapat menahan diri untuk mendengarnya. Dia jelas marah setelah menunjukkan wajah bengisnya ketika dia bergegas ke lorong pemain.”

“Dia mengutuk rakan sepasukannya, menuduh ada antara mereka yang tidak mempertahankan [maruah] nama besar Manchester United.”

“Dia menjerit melaungkan,” Kita seharusnnya ‘menjadi’ Manchester United. Ini tidak seharusnya terjadi.”

“Sudah jelas bahawa pengurus juga diserang kerana dia salah mengenai taktiknya. Pada masa itu ada suara lain juga, tetapi dia adalah suara yang paling jelas kedengaran,” kata pegawai itu, yang tidak disebutkan namanya.

Bruno Fernandes juga dikatakan tidak senang dengan keputusan Solskjaer untuk mengeluarkannyai pada pertengahan perlawanan. Namun, itu hanya untuk melindungi Fernandes dalam perlawanan yang sudah tidak dapat dimenangi United.

Tetapi ada juga yang percaya bahawa, Solskjaer mengeluarkannya kerana ketika itu Bruno Fernandes terlalu emosi.

“Saya tidak fikir ada yang suka diganti kerana sepertinya anda salah,” kata seorang pegawai kepada The Athletic.

“Tetapi dalam kes ini, Bruno mempunyai tiga perlawanan pasukan kebangsaan dan itu membuatkan Ole ingin menyelamatkan dan melindunginya daripada terlalu kecewa di atas padang.”

Ini bukan pertama kali Fernandes mengamuk selepas rakan rakannya tidak bersungguh sungguh di atas padang.

Ketika di Portugal beliau pernah melepaskan kemarahannya dengan cara lebih ekstrim.

https://youtu.be/GjzzHTLmCdE

Ramai peminat United setuju dengan tindakan Fernandes yang dikatakan mewakili suara mereka.

Mereka beranggapan memang ada sesetengah pemain datang ke United hanya kerana wang semata mata dan tidak kisah langsung soal lencana di dada dan maruah pasukan mereka.

Malah ada yang mencadangkan agar Ole Gunnar Solskjaer melantik Bruno Fernandes menjadi kapten Man United.

Manchester United tewas 1-6 pada hari itu di tangan pasukan bekas pengurus mereka.

Baca juga perkembangan lain

Romero Disisih Dari Skuad UCL, Isterinya Megamuk Minta Kelab Hormati Suaminya Untuk Kali Ini

Rashford Dikurniakan Darjah Kebesaran MBE Kerana Perjuangan Membantu Kanak Kanak Memerlukan

Pogba Dengan Terbuka Akui Mahu Bermain Untuk Real Madrid