Bruno Fernandes dan Alejandro Garnacho beraksi cemerlang sekali dalam membantu pasukan mereka pada aksi Piala Carabao.
Manchester United mara ke pusingan 16 terakhir Piala Carabao selepas menyingkirkan Aston Villa di Old Trafford.
Skuad kendalian Erik ten Hag berada dalam bahaya tewas kepada Villa buat kali kedua dalam seminggu selepas ketinggalan dua kali dalam perlawanan pusingan ketiga.
Man United yang tewas 3-1 di tangan Aston Villa dalam Liga Perdana hujung minggu lalu, kali ini ketinggalan kepada perlawanan pembukaan separuh masa kedua Ollie Watkins.
Anthony Martial menyamakan kedudukan tetapi gol sendiri Diogo Dalot mengembalikan pendahuluan Villa dalam perlawanan kedua mereka di bawah pengurus baharu Unai Emery.
Marcus Rashford menjaringkan gol penyamaan kedua United dan Fernandes meletakkan mereka di depan selepas hantaran lemah Olsen tersasar — sebelum Scott McTominay melengkapkan kemenangan pada masa kecederaan.
⚽️ 48' Watkins
⚽️ 49' Martial
⚽️ 61' Dalot (OG)
⚽️ 67' Rashford
⚽️ 78' FernandesSuperb second-half. 🍿 pic.twitter.com/kwUkZLtBr8
— Squawka Live (@Squawka_Live) November 10, 2022
Ten Hag berkata beliau mahukan “tindak balas” selepas melabel kekalahan United di Villa Park sebagai “tidak boleh diterima”.
Pengurus United itu berjaya mendapat apa yang dia hajati. Villa kali ini gagal menyamai semangat mereka pada hari pertama Unai Emery mengendalikan perlawanan rasmi bersama mereka.
Piala Liga kekal sebagai trofi domestik terakhir United pada 2017 dan Ten Hag akan memiliki peluang untuk menamatkan kemarau trofi itu pada akhir tahun ini.
Cristiano Ronaldo, yang menderita sakit, tidak hadir dalam skuad United, jadim Anthony Martial memulakan perlawanan di barisa hadapan buat kali kedua musim ini berikutan beberap siri kecederaan.
Villa mendahului pada minit ke-48 apabila hantaran Jacob Ramsey memerangkap pertahanan United dalam percubaan mereka yang gagal untuk bermain ofsaid.
Watkins memecut di belakang Harry Maguire dan Dalot sebelum melakukan penyudah yang cemerlang mengatasi Dubravka.
United menghasilkan respons sempurna dengan jaringan penyamaan 60 saat kemudian.
Villa kembali di depan selepas 61 minit apabila bekas pemain pertahanan United, Ashley Young menyilangkan bola ke tiang jauh, di mana Dalot tertampan bola ke gawang sendiri dalam usahanya mahu menghalang percubaan Leon Bailey.
Pada hari di tempatnya dalam skuad Piala Dunia England disahkan selepas kebangkitannya musim ini, Rashford berjaya menjaringkan gol penyamaan minit ke-67.
United mulai mendapat momentum. Dan Bruno Fernandes melengkapkan kebangkitan mereka pada minit ke-79.
Pada masa kecederaan, McTominay melakukan tampanan voli hasil hantaran silang pemain gantian, Alejandro Garnacho.
Fernandes dan Garnacho benar benar cemerlang membantu pasukan mereka untuk memastikan keputusan; Man United 4 Aston Villa 2.
United mara ke pusingan 16 akhir dengan menyingkirkan Aston Villa, dan akan bertemu Burnley selepas ini.
Man United fight back to see off Villa in the Carabao Cup 🔥 pic.twitter.com/MDBFsQqdLa
— 433 (@433) November 10, 2022