Pep Guardiola selama ini menganggap Manchester City sebagai musuh utama Manchester United. Kerana merasakan bahawa kedua dua pasukan adalah derbi.
Namun beliau terkejut apabila mengetahui bahawa penyokong Manchester United menganggap Liverpool sebagai musuh utama mereka.
Lalu Guardiola dengan berseloroh menjemput penyokong Manchester United bersama sama dengan penyokong City meraikan kejayaan, jika pasukan beliau berjaya memenangi EPL pada hari ini.
Ianya sekaligus menamatkan terus impian quadruple Liverpool.
Penyokong Manchester United berharap Liverpool tak akan menamatkan musim ini dengan treble atau Quadruple. Untuk mengekalkan mereka sebagai satu satunya pasukan pernah memenangi treble.
Guardiola sebelum ini menganggap semua orang di England mahu Liverpool menjuarai Liga Perdana Inggeris berbanding dengan Man City termasuk penyokong United yang dianggap Guardiola sebagai lebih memilih Liverpool.
Oleh sebab itu dia sangat terkejut dan berkata: “Oh, United lebih sukakan City berbanding Liverpool? Ya Tuhanku, saya tak tahu tentang itu.”
“Selamat datang kepada penyokong Manchester United jika mereka mahu menyertai kami meraikan kejayaan di jalanan, namun mereka wajib memakai baju biru. Mereka harus memakainya.”
“Jadi, saya tersilap sebelum ini menyangkakan semua orang di negara ini mahu Liverpool menjadi juara.”
Pep Guardiola: "Welcome! Welcome, if they [Manchester United fans] want to join us in the streets. But they have to wear blue shirts, they have to wear it!" [via @TeleFootball]
— City Xtra (@City_Xtra) May 21, 2022
Menyedari bahawa ada trend di mana para penyokong menceroboh padang dalam beberapa perlawanan di EPL dan Liga Kejuaraan sebelum ini. Guardiola hanya mampu berkata, dia berharap semua penyokong
menjaga tingkahlaku. Dan mengakui dia masih belum bercakap dengan pemain tentang langkah langkah keselamatan yang perlu apabila berhadapan perkara tersebut.