Kem Newcastle United dilaporkan bergolak teruk selepas kekalahan di tangan Manchester United. Ada yang bergaduh sesama sendiri. Kemudian Steve Bruce pula secara terbuka mengutuk pemainnya yang dikatakan menjadi punca kepada gol Cristiano Ronaldo.
Dikatakan persekitaran dalam pasukan Newcastle sekarang ini sangat toksik!
Ada beberapa pemain sudah mulai tidak sehaluan dengan Steve Bruce. Ini bukan petanda yang baik buat pengurus tersebut.
Para pemain Newcastle memiliki hubungan yang sangat kuat sesama mereka kerana sudah bersama sekian lama, bersama dengan kelab ketika turun dan naik.
Jadi, Steve Bruce kini berdepan kesukaran untuk mempertahankan jawatannya kerana ada tanda tanda pemain pemain akan menentangnya.
Dalam taklimat pasukan pada minggu ini, Steve Bruce memanggil kesemua pemain dan beberapa pemain tidak gembira dengan sikap Bruce yang membandingkan mereka dengan beberapa kelab di kelompok bawahan liga.
Ramai pemain tidak menerima apa yang Bruce cuba jelaskan dalam taklimat tersebut yang sarat dengan statistik.
🎙 Steve Bruce speaks to the media ahead of #NEWSOU tomorrow.
"Saint-Maximin had a kick on the top of his foot and it was a bit sore but we expect him to be OK.
Paul Dummett is back in and around it and it's touch and go for Saturday for Isaac Hayden but everybody else is OK." pic.twitter.com/ySWSyY5pfU
— Newcastle United FC (@NUFC) August 27, 2021
Keadaan menjadi lebih buruk apabila dua pemain senior dikatakan bergaduh sehingga Bruce sendiri meleraikan mereka.
Dwight Gayle bergaduh dengan pembantu Bruce yang terkenal dengan sikap panas baran iaitu Graeme Jones.
Pergaduhan ini membuatkan Jamal Lascelles terpaksa bertindak segera untuk mengelak insiden lebih buruk. Steve Bruce turut membantu untuk menenangkan keadaan.
Graeme Jones antara pembantu Bruce yang sangat kontroversi. Dikatakan dia terlibat secara aktif dalam pertukara sistem kepada 3-5-2 bermula musim lalu.
Para pemain tidak berpuas hati kerana Greame Jones seolah olah terlalu berkuasa dalam sesi latihan untuk sistem tersebut. Pemain juga mempersoalkan kenapa mereka perlu menukar sistem? Kehadiran Jones adalah titik tolak kepada pertukaran sistem tersebut.
Ramai pemain tidak selesa dengan sistem itu kerana ramai mereka bermain di luar posisi mereka. Seterusnya kejurulatihan Bruce dikatakan tidak begitu bagus dalam menjelaskan sistem permainan yang mahu diterapkan.
Jones dengan terbuka di hadapan pemain lain menyalahkan Dwight Gayle sebagai salah seorang pemain yang sentiasa bermasalah. Namun Dwight Gayle membalas bahawa jurulatih itu memang selalu bermasalah dengan pemain sejak dia mengenali coach itu di kem England lagi.
Seterusnya, ketika di Old Trafford, di bilik persalinan Steve Bruce mengecam Isaac Hayden yang dikatakan tidak menjalankan tugasnya dengan betul untuk merantai Cristiano Ronaldo.
Hayden yang merupakan pemain tengah diarahkan bermain bek tengah pada hari itu dan gagal untuk mengekang larian Ronaldo untuk gol kedua.
Ramai pemain simpati dengan Isaac, kerana Isaac salah seorang pemain paling laju di EPL. Namun dia bergelut dengan posisi dan bukannya kerana dia malas berlari.
Hayden juga merasakan bahawa kritikan Bruce itu adalah tidak adil kerana dia sudah cuba terbaik bermain di posisi yang asing baginya.
Sebelum ini Daily Mail melaporkan ada beberapa pemain tidak berpuas hati dengan pengurusan hari latihan Bruce. Di mana pengurus itu suka memberikan rehat yang terlalu banyak kepada pemain.
Rungutan pemain itu membawa kepada siasatan dalaman dibuat. Namun Bruce terlepas tindakan, atas alasan dia tidak mahu pemain keletihan.
Baru baru ini, Bruce sekali membuatkan pemain ‘bercuti’ lagi. Para pemain sudah datang ke kem latihan pada Isnin, untuk berlatih seperti dijadualkan. Namun Bruce membaat
Bruce bercuti 4 hari di Portugal ketika rehat antarabangsa dan pulang pada Isnin, hari yang dia harus mengendalikan latihan. Beberapa pemain sudah melapor diri untuk latihan, namun mereka melihat tiada kelibat jurulatih. Bruce hanya tiba pada sebelah petang.
Pemain mulai merasakan bahawa jadual latihan bukan dibuat untuk pasukan namun mengikut kepentingan Bruce.
NUFC special report:
– Jones & Gayle training-ground row
– Player frustration with Steve Bruce
– Heated inquest as Bruce blames Hayden for Ronaldo goal
– Player anger after meeting on running stats
– Feeling training schedule designed for Bruce, not team https://t.co/B9lzWj8oX2— Craig Hope (@CraigHope_DM) September 16, 2021
Para pemain kecewa setelah menunggu berjam jam lamanya. Namun Sportsmail memuji para pemain Newcastle yang setakat ini masih profesional dan tak seorang pun yang memberitahu media akan perkara tersebut.
Kebanyakan informasi tentang perkara itu adalah daripada pihak lain.
Baca juga artikel
Rio Ferdinand: “Kalau Saya Di Tempat Ole, Saya Akan Suruh Cristiano Duduk!”
UCL: Turunkan Trio Mbappe-Messi-Neymar, PSG Hampir Dimalukan Club Brugge