PSG turun dengan kesebelasan serba bintang, menggandingkan Kylian Mbappe, Lionel Messi dan Neymar di hadapan. Namun mereka gagal untuk mengatasi kelab Belgium, Club Brugge.
PSG malah harus bersyukur kerana mereka tidak kalah dalam aksi yang menyaksikan mereka cuma tampil sebagai pasukan kedua terbaik dalam debut UCL Messi bersama mereka.
Messi melakukan percubaan yang terkena palang pada separuh masa pertama. Namun sepanjang perlawanan pemain itu gagal menjelmakan magisnya ketika bergandingan dengan Mbappe dan Neymar.
Kylian Mbappe berjaya memberikan satu assist kepada Ander Herrera pada minit ke-15. Tetapi pemain antarabangsa Perancis itu terpaksa dikeluarkan awal separuh masa kedua kerana kecederaan.
Pada minit ke-27, Hans Vanaken menyamakan kedudukan untuk Brugge.
Walaupun PSG lebih domina, dan itu bukanlah perkara yang mengejutkan, namun mereka lebih banyak diancam oleh lawan mereka.
Club Brugge menikmati 16 percubaan ke arah gol mereka, manakala PSG cuma melakukan 9 percubaan sahaja.
14 percubaan Club Brugge adalah dari dalam kotak penalti menghasilkan 7 percubaan tepat. Dengan PSG cuma ada 4 percubaan tepat.
PSG tetap mencipta 3 peluang keemasan dalam perlawanan ini, namun tidak dapat menyempurnakannya dengan lebih baik.
Tamat perlawanan, PSG terikat dengan Club Brugge 1-1. Keputusan yang agak mengejutkan.
Dalam satu lagi perlawanan Manchester City menang ke atas RB Leipzig. City kini menjadi pendahulu kumpulan A.
Aksi kedua, PSG akan melayan kunjungan Man City di Parc Des Princes selepas ini.
Baca juga artikel
Ole Tak Puas Hati Pengadil Tak Beri Penalti Dan Jelaskan Pertukaran Lingard-Ronaldo
Barca Pernah Bida Neymar Dengan Harga Tak Masuk Akal, PSG Terus Tolak